1 Mei – Selamat Hari Pekerja Sedunia, Selamat Ulang Tahun Kelahiranku ke-33

Pertama sekali Kawe ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja Sedunia kepada seluruh warga pekerja di Malaysia dan dunia.

Tetapi, apakah yang istimewa tentang 1 Mei ini? Sebagai pekerja Kerajaan mahupun swasta, kita sedia maklum bahawa 1 Mei telah diisytiharkan sebagai Hari Pekerja dan digazetkan sebagai Hari Cuti Umum bukan sahaja di Malaysia malah disambut juga hamipr keseluruhan negara di dunia.

Menyorot kembali sejarah silam, idea sambutan Hari Pekerja telah dimulakan di Australia pada tahun 1856. Kempen dicetuskan oleh golongan Proletariat yang mendesak pihak majikan mereka untu mendapatkan waktu bekerja 8 jam sehari. Pada asalnya mereka memilih tarik 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi pada hari tersebut. Setelah demonstrasi yang pertama tersebut berjaya memberi kesedaran positif kepada golongan itu sehingga tercetusnya pemberontakan yang baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.  Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari telah mendorong pekerja di negara lain menuntut hak yang sama. Pada tahun 1886, para pekerja di US mengambil keputusan bahawa seita 1 Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat kerja dan menuntut masa bekerja lapan jam sehari.

Sambutan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia bermula 36 tahun dahulu iaitu pada tahun 1972. Perisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja dan Hari Cuti Umum di Malaysia telah dilaksanakan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Allahyarham Tun Dr. Ismail pada majlis perasmian Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972. Perisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mkendapatkan waktu bekrja yang adil dan menentang sebarang bentuk penindasan dan tekanan oleh pihak majikan.

Di dalam konteks sambutan masa kini, Kawe rasa ideanya tidak berubah, walauoun kita jarang ke medan demonstrasi untuk menyatakan ketidakpuasan dan menuntut hak kita sebagai pekerja. Sambutan Hari Pekerja pada dekad ini bukan hanya sekadar penghargaan buat kita di atas segala perih jerih dan penat lelah yang kita sumbangkan demi kemajuan organisasi kita. Bagi Kawe, Kerajaan dan majikan perlu sensiitif dan menimbang segala tuntutan pekerja dari semasa ke semasa. Kerajaan mahupun majikan seharusnya prihatin di dalam aspek layanan, pemberian gaji, bonus & insentif lain, kemudahan yang setimpal dengan khidmat yang diberikan dan aspek kebajikan pekerja.

Kita pula sebagai pekerja perlu sentiasa melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam melunaskan setiap tanggungjawab yang diamanahkan. Kita perlu menjadi seorang pekerja yang produktif. Dalam usaha untuk terus kekal bersaing dan relevan setiap masa, perubahan tidak dapat dielakkan. Hari ini kita lihat bagaimana kepakaran dan kekuatan individu itu sendiri di dalam bidang pekerjaan yang dipilih adalah amat dituntut demi survival individu itu sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi ini. Sebagai persediaan menghadapi cabaran globalisasi, seorang pekerja perlu menganalisis kekuatan dan kelemahan yang ada. Kita perlu melakukan benchmarking terhadap pencapaian kita berdasarkan prestasi yang lepas.

Istimewanya 1 Mei ini, ia juga merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran Kawe. Pada tahun ini umur Kawe telah berganjak setahun lagi. Pada usia 33 tahun kini, Kawe rasa masih banyak lagi impian Kawe yang belum tercapai termasuklah hal berkaitan jodoh. Heheh. Apa yang Kawe doakan adalah semoga Kawe sentiasa dirahmati, sentiasaa sihat, dipermudahkan rezeki dan panjang umur. Kawe juga ingin mengucap terima kasih kepada kedua anak buah Kawe (Nasrul & Mustakim), Wira dan Tasnim di atas ‘surprise celebration’ sejurus selepas tengah malam tadi. Terima kasih kerana mengingati. Kek tu memang sedap dan hadiah-hadiahnya sangat sesuai dengan Kawe. Kawe sangat menghargainya. Untuk semua rakan-rakan yang telah memberi ucapan selamat kepada Kawe, terima kasih juga diucapkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published in: on Mei 1, 2008 at 1:12 pm  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://kawejauh.wordpress.com/2008/05/01/1-mei-selamat-hari-pekerja-sedunia-selamat-ulang-tahun-kelahiranku-ke-33/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

15 KomenTinggalkan komen

  1. selamat hari jadi yang ke…

    seronok menyambut hari kelahiran dalam keadaan cuti, walaupun umumnya tahu seluruh dunia menyambut hari buruh pada 1 mei…tetapi di Jepun masih bekerja dan tiada cuti umum…

    Apa pun…selamat hari pekerja dan juga selamat ulangtahun kelahiran semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Yeah Taurean..Kewl huh..

  2. ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
    (Themenya Terlampau Cantik & Boleh Pula Letak Adsense)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

  3. Salam Ziarah…Selamat hari pekerja juga..n yang penting Selamat Hari lahir yang ke 33..Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah ..Insyallah..

  4. Selamat Hari Pekerja dan Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran…..

  5. Happy Belated Birthday…semoga sentiasa rezeki akan terus bertambah dan semoga impian dapat direalisasikan…insyaAllah…seronok la birthday time public holiday seakan semua memberi penghormatan dgn cuti…hihi

  6. happy birthday… semoga panjang umur & murah rezeki~

  7. Happy Belated Birthday!

    biler nak open table..

  8. Happy B’day ya Kawe .. mudah-mudahan belum terlambat untuk mengucapkannya. Semoga Kawe selalu dalam lindungan Allah. Sukses selalu ya.

  9. alahai sunyinya…sepinya…

  10. yuhuuu eppy belated besday..
    baru buka blog hang katanya..
    pesal lama tak nampak kat reban joe bangla ek?

  11. salam ziarah,

    kawe jauh…ambo pun jauh jugak…tak dok masa’aloh jauh dekat ni…internet ado…buleh dok kontek sokmo….senyum biar pun jauuuuhh…sebab rahmat Allah sentiasa dekat dengan manusia..

  12. cantik header tuh

  13. kawejauh..

    hari buruh lepah lamo doh…
    Hari ibu pun habis doh…
    hari guru..pong pakat sambut belako doh…
    Bule limo ni pong tinggal tok berapo hari doh..

    entri baru..bilo pulok ?
    banyok kali masuk doh ambo ni cari ceghito..
    ko sibuk dok menikoh pulok doh..
    …ko guano ??

  14. KNB berpindah ke http://nizambakeri.blogspot.com
    Pautan blog anda sudah tersenarai di blog tersebut.
    Harap maklum.

  15. salam siber,mek pong nak join sama,mana tau ko waris kito jugak..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: