Blog Sepi

Heheheh.. Benar kata teman-teman Kawe! Blog Kawe ni boleh dikategorikan sebagai blog sepi. Bukan sebab tak ada pengunjung. Pengunjungnya tetap ada, walaupun tak seramai dulu. Dulu secara purata ada lah dalam 30 – 60 orang dalam sehari datang bertandang menyinggah di blog Kawe ni. Tapi sekarang ni adalah dalam 5 hingga 20 orang sehari. Kesiankan! Kalau diibaratkan rumah, kalau dulu rumahnya gamat, tapi sekrang bertukar sunyi. Kawe sepatutnya mengekalkan kegamatan itu. Tak apa, Kawe tahu kenapa sunyi sepi saja kat blog ni. Dah lama rupanya Kawe tak masukkan cerita atau entri baru di sini. Orang kata Kawe menghilangkan diri, menyepikan diri! Benarkah? Taklah. Kawe ada, masih wujud. Cuma tak menulis di sini saja. Seperti biasalah, Kawe akan guna alasan yang sama seperti dulu-dulu juga. Kononnya, tidak berkesempatan menulis dek dihambat tanggungjawab dan perencanaan lain yang Kawe kira lebih tinggi duduknya di dalam carta kepentingan Kawe. Ialah, apa nak buat. Kan orang selalu cakap “put first thing first”.

Alhamdulillah, buat saat dan ketika ini Kawe rasa terpanggil untuk kembali ke sini untuk menitip sebaris dua ayat. Walaupun sarat bebanan lain masih lagi tergenggam, tapi akan Kawe aturkan  jua langkahan ini. Sebenarnya banyak yang ingin diceritakan selama ‘kehilangan’ Kawe selama hampir 6 minggu ini.

 

 

 

 

Published in: on April 22, 2008 at 12:02 am  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://kawejauh.wordpress.com/2008/04/22/blog-sepi/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

11 KomenTinggalkan komen

  1. tak pe la..bak kata org ..diam diam ubi…cerita pasal QA pun ok gak per..

  2. welcome back!!😉
    lawa la gambar header tuh… kat mana tu?

  3. bermula kembali…….

  4. i miss you

  5. tulislah dari hati. bukan kerana hits.🙂

  6. “Sepi itu indah..”

    Kan.. macam tajuk novel2 picisan plak. Welcome Back!

  7. salam ziarah🙂

  8. “sepi itu indah”..

    huhu mcm tajuk novel2 kelas B .. kan………s

  9. saudara kawe… selamat hari jadi yang ke… pada 1 Mei…satu Mesia cuti…

  10. huyyoo..betul² sepi neh..

  11. tumpang lalu ambo pun sepi gak..sbb xde apa nak di tulis n banyak urusan lain yg perlu di bereskan dulu…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: