Pasca PRU12: Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji..

Kawe pasti bahang PRU12 masih belum reda. Rata-rata masih bercakap tentangnya, bercerita tentangnya. Sebuah cerita yang bukan dongeng, bukan rekaan. Ianya sebuah realiti. Realiti kuasa rakyat. Rakyat telah menentukannya. Rakyat telah menentukan apa yang dimahukan mereka. Semua telah tahu, penentuan yang dimahukan oleh rakyat itu maha mengejutkan! Ia bagaikan gelombang yang membadai. Bisa mengejutkan insan yang selama ini terlena. Berilah apa saja alasan, bagi Kawe kepeutusan itu mencerminkan bahawa rakyat mahukan perubahan dan kesedaran pemerintah akan keperluan  dan kemahuan mereka.

Adat berlawan di gelenggang pasti ada yang menang, ada yang tewas. Bagi yang berjaya dipilih menjadi wakil rakyat anggaplah kemenangan itu hanya detik permulaan kepada mereka untuk berusaha menunaikan janji-janji manis yang ditaburkan semasa berkempen. Amanah dan tanggungjawab yang besar tersebut harus dipikul dan dilaksanakan sebaik-baiknya dan perlu dibuktikan kepada para pengundi. Kegagalan berbuat demikian bermakna nhukuman menanti dihujung penggal. Rakyat akan menuntut apa yag dijanjikan. Bahkan, tiada alasan untuk mereka melarikan diri dari segala tanggungjawab itu. Mereka telah berjanji dan mereka mesti menepatinya.

Published in: on Mac 11, 2008 at 12:23 am  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://kawejauh.wordpress.com/2008/03/11/pasca-pru12-lembu-dipegang-pada-tali-manusia-dipegang-pada-janji/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 KomenTinggalkan komen

  1. adakah itu semua janji kosong belaka @ manisfasto sahaja? errmmm what make ppl worries,when non of the above does not full fill.will see…i want to the impact of this, result plz…

    Note: ala cam buat report kat unit pengaduan awam je ..ahakssss

  2. Mereka ada 4 tahun lagi untuk melunaskan janji. Jika tidak, rakyat hanya mengkategorikan mereka sebagai pembohongan yang pastinya merealisasikan “tuah” nombor 13 itu…

  3. salam ziarah…

    hope for the best, prepare for the worst…

  4. yg pastinya pihak terbabit telak terbuka matanya slps tidur…hehe

    salam perkenalan dari saya..


Tinggalkan Jawapan kepada hairieusoff Batal balasan