A Warm Greeting From Down Under – Part 1

syd1.jpg

Jangan terkejut, Kawe bukan di Sydney! Kawe sekarang masih di Malaysia. Untuk kali ini, Kawe sengaja menulis entri ini sebab salah seorang dari kawan Kawe akan ke sana (dah sampai agaknya!). Tak nak kalah ni. Nak juga tunjuk kat dia yang Kawe dah sampai sana. Sepatutnya Kawe dah lama tulis entri ni, sebelum dia berangkat ke sana. Nak bagi dia rasa macam best giler pegi sana. Wakakakka.

Kawe telah ke Sydney pada bulan May tahun lepas kerana urusan kerja di sana. Orang kata sambil menyelam, minum air. Maka peluang ini juga Kawe guna sebaiknya untuk mengenali dengan lebih dekat ibu kota yang cukup terkenal di hemisfera selatan ini. Lebih manis lagi jadual lawatan kerja Kawe ke sana adalah bersamaan dengan tarikh lahir Kawe. Alangkah! Kawe kira ianya sebagai hadiah hari lahir Kawe yang ke-32 yang cukup manis untuk dikenang. Alhamdulillah. Kalau nak diharapkan wang simpanan, Kawe rasa belum masanya lagi Kawe dapat menjejakkan kaki ke bumi kangaroo ini.

syd5a.jpgSetelah menempuh penerbangan selama 8 jam dari Kuala Lumpur International Airport (KUL), maka mendaratlah pesawat MH141 di T1 International Terminal, Sydney Kingsford Smith International Airport (SYD). Sungguhpun tempoh penerbangan agak lama, Kawe tidak berasa begitu letih. Mungkin disebabkan Kawe memang teruja untuk ke Sydney. Walaupun sebelum ini Kawe sudah beberapa kali ke luar negara, tapi untuk kali ini lain benar perasaannya. Ataupun Kawe tidak berasa letih kerana Kawe mendapat servis yang bertaraf 5 bintang dari anak-anak kapal Malaysia Airlines yang sentiasa tersenyum manis. Sememangnya anak kapal MH amat wajar menerima Best Cabin Crew Award of the Year untuk ke berapa tahun berturut-turut. Kawe juga cukup bertuah kerana sebagai pegawai kerajaan, kami diberi priority dan kelas tiket kami dapat diupgrade ke kelas yang lebih tinggi di dalam pesawat MH. Dan kelebihan inilah yang membuatkan perjalanan kami menjadi lebih selesa dan mewah. Tu diaa!

Kawe kalau naik flight, Kawe akan pastikan dapat tempat duduk yang paling bagus bagi Kawe. Orang lain, Kawe tak tahulah. Tempat paling bagus bagi Kawe adalah di bahagian depan fiuslaj, dan semestinya di tepi tingkap. Kalu tak dapat window seat, the second choice would be at the aisle seat. Itulah tempat paling best bagi Kawe, walaupun the best seat sebenar-benarnya adalah the pilot’s seat, dekat cockpit tu. Heheeh. Waktu pesawat mula descending dan berlegar-legar untuk mendarat tadi, Kawe sempatlah melihat keindahan Sydney dari udara. Oleh kerana pada waktu itu lebih kurang 7.30 petang maka sangatlah cantik pemandangannya. Monumen pertama yang Kawe nampak adalah Harbour Bridge yang bergemerlapan cahayanya gagah merentangi Sydney Harbour. Dan, tidak jauh dari jambatan itu, tersergam indah the most famous Sydney Opera House. Hatiku berbisik, sampai jua ku ke sini.

syd2.jpg

Bulan Mei bagi benua di hemisfera selatan adalah berbeza iklimnya dari benua yang berada di hemisfera utara. Jika di utara akan berlaku musim bunga secara puratanya dari bulan Mac hingga Mei, lain pula bagi hemisfera selatan, di mana akan mengalami musim luruh. Bulan Mei di Australia bagi negeri-negeri di bawah Garisan Jadi (Tropic of Capricorn) akan mengalami suhu yang rendah di sekitar 11 hingga 25 darjah Celcius bergantung kepada lokasi (latiitud dan altitud) sesuatu tempat itu. Makin jauh ke selatan atau makin tinggi tempat itu semakin sejuklah suhunya. Suhu Sydney pada waktu itu cukup nyaman dengan suhu di bawah panahan terik matahari adalah sekitar 20 – 22 Darjah, manakala pada waktu malamnya sekitar 14 – 18 Darjah. Cuaca yang sesakali mendung dan berangin membuatkan anda bebas berjalan dengan selesa.

Setelah menghabiskan tugas-tugas rasmi Kawe di Canberra (tempat yang aman damai, sesuai untuk pesara dan warga emas!) dengan berbekalkan baki 2 hari lagi berada di Australia, Kawe kembali semula ke Sydney. It was a precious moment! It was a time for leisure! Tapi ada masalah lah! Masalahnya kawe cukup pening untuk Kawe memikirkan bagaimana nak menghabiskan ke semua tempat menarik di Sydney dalam tempoh 2 hari tersebut. Untuk pengetahuan, Kawe menggunakan peruntukan sendiri bagi tujuan liburan ini ya. Takut nanti ada yang salah faham. Kut nanti ada orang cakap Kawe menghabiskan income tax depa pulak. Larriikk. Kawe juga bukan berseorangan di Sydney. Sebenarnya, Kawe sudah buat rancangan trip to Sydney ni dengan satu kumpulan dari KL jugak. Tujuan mereka ke Australia ini memang semata-mata untuk bercuti. Maklumlah, depa baru dapat bonus 4 – 6 bulan sorang. Best kerja private sector ni! PLC pulak tu. Mewah betul depa nih. Sebenarnya, depa (a group of 4) terlebih dahulu sudah beberapa hari di Gold Coast selama Kawe berada di Canberra. Untuk menjimatkan belanja penginapan, depa telah menempah sebuah service apartment di Down Town Sydney (yang bagi Kawe, takdelah jimat manapun sebab apartment ni agak mewah jugak). Apartment 3 bilik, lengkap dengan perabut, aircond, tv, dan Kawe paling suka bahagian dapurnya. Cukup cantik dan lengkap dengan peralatan memasak dan ada kemudahan laundry. Tak hairan lah, untuk makan malam bagi 2 malam berturut tu, Kawe menunjukkan skill memasak yang ada. Bahan-bahan untuk memasak tidak susah dicari. Pergi saja ke kedai Cina, tak jauh cuma 3 bloks sahaja dari apartmen Kawe ni, anda akan dapat beras, likan segar, telur dan bahan makanan asia di sini, malah belacan Penang, daun limau purut, pandan pun ada. Kebanyakannya diimport dari Malaysia dan Indonesia.

syd4.jpg

Untuk hari pertama liburan di Sydney, pada sebelah paginya selepas bersarapan ringkas kami bersiar-siar di Downtown Sydney terlebih dahulu. Kami ke Queen Victoria Buliding yang terletak di persimpangan Druitt Street dan York street. Apa yang menarik tentang bangunan ini ialah merupakan sebuah bangunan yang bercirikan senibina era Victoria yang bercirikan arkitektur Roman yang telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 1898. Bangunan ini kelihatan begitu kontras dengan bangunan pencakar langit moden di sekelilingnya. Ia menempatkan kesemua butik-butik yang berjenama dari seluruh dunia. Ternyata ini bukan tempat Kawe! Mungkin tempat ini dekat dengan apartment kami, maka sebab itulah tempat ini pertama sekali kami lawati. Kawe hanya mampu menikmati kecantikan arkitektur bangunan ini. Secara keseluruhannya Kawe amat menyukai rekabentuk luaran dan dalamannya. Bangunan ini mempunyai kubah yang besar di tengah-tengahnya, tingkap kaca berwarna-warni. Terdapat 2 buah jam mekanikal yang besar di kompleks ini yang bagi Kawe amat menarik sekali. Sayang Kawe tak banyak mengambil foto di sini.

Selepas itu kami ke ke Darling Harbour dengan berjalan kaki selama 20 minit dari QVB. Banyak hotspots yang boleh dikunjungi di sini. Di sini terdapat IMAX Theatre, Sydney Harbour Convention Centre dan Harbourside Complex. Sekiranya anda suka akan kopi anda boleh lepak di Cockle Bay Wharf atau sekiranya anda mengimpikan sebuah jamuan makan malam yang romantik anda boleh ke salah sebuah restoran mewah di King Street Wharf. Kawe hanya memilih untuk habiskan masa bersantaian di laman santai yang disediakan di pesisir harbour. Menikmati betapa indahnya panorama kota raya Sydney di sisiran laut. Pencakar langitnya dengan megah menongkat langit Sydney. Bayangannya terlukis indah di permukaan sungai Darling yang sesekali bergolak dicarik kapal-kapal yang hilir mudik. Indah sungguh!

syd6.jpg

Setelah puas bersantaian sambil mencuci mata, kemudian kami berlima mencuba menaiki Jetboat. Cukup memeningkan kepala dan meloyakan tekak. Terasa lebih hebat lagi daripada rollercoaster. Anda akan basah dan dapat merasa betapa masin dan pahitnya air laut. Tapi Kawe cukup kagum akan kecantikan kota Sydney dan keindahan Harbour Bridge, dari bawahnya! Jetboat ini akan dipandu dengan laju dan akan dibuat pusingan U secara tiba-tiba. Seronoknya! Ia akan berlegar-legar dari Darling Harbour melalui Harbour Bridge hingga ke Sydney Harbour dan kemudian berpatah balik ke Darling Harbour. Selepas penat dan rasa pening sudah surut kami berhenti sejenak untuk makan tengah hari.

Menyambung kembali lawatan kami berkunjung ke Sydney Aquarium yang dianggap di antara akuarium terbesar dunia dan memiliki spesies akuatik paling banyak! Kawe rasa kalau diperuntukkan sehari di sini masih terasa ianya tidak memadai untuk Kawe menghayati satu persatu hidupan akuatik di sini. Terdapat lebih dari 12,000 hidupan dan 500 species akuatik di sini. Akuarium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian utama iaitu Southern River yang menempatkan species akuatik dari Lembangan Sungai Murray-Darling termasuk haiwan unik Platypus. Bahagian keduanya ialah Northern River yang mengandungi species buaya air masin dan Barramundi. Bahagian seterusnya ialah Southern Ocean yang menempatkan species penguins, anjing laut, hidupan di Sydney Harbour dan hidupan akuatik Pasifik Selatan. Bahagian yang terakhir sekali adalah Northern Ocean yang menempatkan hidupan akuatik dari Great Barrier Reef yang kaya dengan pelbagai spesies hidupan termasuklah batu karang dalam pebagai bentuk dan warna. Saat yang tak dapat Kawe lupa apabila Kawe melalui terowong kaca bawah air yang melalui tengah2 akuarium di mana pada waktu itu beberapa ekor jerung dan mataray mengelilingi terowong itu. Sungguh menakjubkan! Sebenarnya sungguh banyak hidupan akuatik yang kita lihat. Di sini juga dipamerkan spesies yang dijangka akan pupus dalam beberapa tahun lagi.

syd7a.jpgSetelah habis ‘bermain’ dengan ikan-ikan di situ, kami kemudiannya ke National Maritime Museum yang terletak tidak jauh dari akuarium tadi. Di sini di pamerkan pelbagai artifak dan objek yang berkaitan dengan sejarah dan pembangunan maritim Australia. Ini termasuklah sejarah pelayaran Australia, penghijrahan imigran, ekplorasi dan penghijrahan bangsa Eropah, komuniti maritim asal Australia, teknologi maritime, industri perkapalan dan pelayaran dan aktiviti sukan maritim. Di luar muzium berlabuh dengan megahnya HMAS Vampire, sebuah kapal perang, HMAS Onslow, sebuah kapal selam, HMAS Advance sebuah bot peronda pantai dan beberapa kapal kecil sedia untuk dilawati. Oleh kerana senja telah menjelma, kami berlima bergerak pulang ke apartment untuk makan malam dan rehat buat seketika, kerana selepas ini kami akan ke Circular Quay untuk mendapatkan ferry bagi aktiviti night cruising ke Darling Harbour dan seterusnya menikmati pengalaman indah night safari di World of Wildlife.

Bersambung…

 

 

 

 

The URI to TrackBack this entry is: https://kawejauh.wordpress.com/2008/02/04/a-warm-greeting-from-down-under-part-1/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

15 KomenTinggalkan komen

  1. Hehehee… sonok nyer tengok orang sumer melancong gi obersea… insyaallah.. tekad nie.. one day nanti pasti sampai sini gak😀

    Entry nak jeleskan delinn katanya… *rasa-rasa yam yang lebih jeles kot… larikkkkkkk……

    kawe: Insya Allah, dapt la tu nanti. Kan dah ada org nak sponsor ke NYC tu..

  2. ambooiiiii…mentang2 org iteww ke ozs..sesutuawwwww.sehati dan seozs plak ngan org iteww…ahaksss

    kawe: wakakaka.. jgn la jeles yum!

  3. Emmmr cantek, menarek, tertarek ko memang debommmmmm……insyallah kami akan menyusul tahun hadapan. huwa..huwa..huwa……

    kawe: Yeah, of coz. Just imagine celebrating new year 2010 at Sydney Harbour. So wonderful!

  4. hwa~~hwa~~~~…syok nyer~~~~

    kawe: mmg syok.. i rekemen u pg sana.. naik Jetstar lagi murah.

  5. uishh.. syoknya jalan2..🙂

    PLC tu apa ek?

    kawe: PLC – Public Listed Company, sykt Berhad la tu.. eheheheh

  6. mak aih…posing mautz…. tunggu posing ko bergambor dan bergayut kat Harbour Bridge … pastu bila lagi kau nak berkaraoke di `Sydney Opera` tue… kau kan peserta `OIAM` tak rasmi…

  7. jauh perjalanan… luas pemandangan… tambah pengetahuan… thanks 4 sharing this😉

  8. Bukan main best da…

  9. Mak aih.. panjangnya entri. hehee..

    Bestnya dapat jalan-jalan kat negara orang. Bilalah saya akan dapat peluang camtu.. huhuhu..

  10. woo!! bilela nk dpt can g obesi…??

    kawe: sebenarnya ada byk cara, tapi kena set target dan berusaha ke arah itu, at least boleh pg dlm mimpi..hehehe

  11. huhu!! kne blajo rajin2 ni…pegi dlm mimpi…hmm…btol gak tu…tp kalo dlm mimpi tu x sure tmpt tu kt ne…haha!

    kawe: ada baca buku the secret tak? i think u should read that book.

  12. huhu!! buku the secret..x tau le pulok!! kalo buku ramlee awg murshid tau le..kalo de mse..pe kate wat review ckit sal buku tu..hehe!! bole plak request..

    kawe: insya allah, mmg plan akan buat review buku jg dlm blog ni..

  13. ermmm…pix kat cni kawe posing ala2 model…muka xmcm org vietnam la..huhu..(dah tanya kat excoursemate, org vietnam) mcm model jepun asa iras2 Takuya Kimura..

  14. wowww… seronokkan duk lepak kat harbour tuh. kalu ad apeluang nak pi lagi nanti. Melbourne pun tempt yg best!

  15. x ajak kitew pown..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: