And the Oscar goes to..

no_country_for_old_men_poster.jpg

Filem No Country for Old Men telah diangkat sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi pada edisi ke-80 setelah memenangi 3 lagi anugerah bagi kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Lakkon Layar (Adaptasi) Terbaik. Filem ini telah mengetepikan saingan utamanya iaitu filem There Will Be Blood yang hanya meraih dua anugerah melalui kategori Sinematografi Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Pengarah filem ini, Joel dan Ethan Coel diundi  sebagai pengarah terbaik kali ini.

Best DirectorKeputusan juga amat mengejutkan apabila calon favorite Cate Blanchet gagal meraih sebarang anugerah melalui dua kategori beliau dicalonkan iaitu kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembant Wanita Terbaik. Beliau dikalahkan oleh Marion Cottilard dan Tilda Swinton. Walau bagaimanapun bagi kategori pelakon lelaki pula seperti menepati ramalan ramai apabila Daniel Day-Lewis dan Javier Bardem memenangi kategori masing-masing untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Senarai rasmi pemenang Angerah Akademi edisi ke-80 boleh dilihat di sini.

Marion Cotillard

 

Terdahulu acara ini seperti edisi lepas akan dimulakan dengan Red Carpet yang cukup elegan dan glamor. Hujan renyai-renyai turun di awal pembukaan aturcara telah memaksa pihak penganjur memasang kanopi di sepanjang laluan karpet merah. Sungguhpun begitu ia tidak sedikitpun merosakkan kemeriahan majlis ini.

 

Published in: on Februari 25, 2008 at 2:36 pm  Comments (4)  

The 80th Annual Academy Awards (OSCARS 2008) – Malam Bintang-bintang Bergemerlapan

The 80th Oscars PosterMALAM di kala bintang-bintang bergemerlapan! Begitulah selayaknya diumpamakan tatkala acara yang begitu berprestij  dan spektakular Anugerah Akademi atau dikenali juga sebagai Anugerah OSCAR 2008 edisi ke-80 yang akan berlangsung pada 9 pagi waktu Malaysia. Pada saat entri ini ditulis masih tinggal kurang dari 12 jam acara yang ini akan berlangsung.  Kawe seperti tahun-tahun sebelum ini sememangnya amat teruja untuk menyaksikannya acara yang akan dilangsungkan dari Kodak Theater, Hollywood. Tapi sayang pada tahun ini Kawe hanya dapat menyaksikan acara ini pada tayangan waktu perdana (repeat) pada sebelah malamnya, berbeza seperti tahun-tahun yang lalu ditonton secara langsung dari Kodak Theater di saluran Star Movie di Astro.

Anugerah ini diadakan sebagai penghargaan di atas pencapaian bakat kalangan khalayak penggiat seni pengarahan, penulisan, lakonan, penerbitan dan teknikal (belakang tabir) bagi sesuatu filem atau dikenali sebagai motion pictures. Kalau dilihat Akademi itu adalah nama pendek bagi Academy of Motion Picture Arts and Science. Ia merupakan sebuah badan yang ditubuhkan dengan bertujuam mempromosikan filem-filem keluaran Hollywood. Para pemenang bagi 24 kategori  yang dipertandingkan akan di anugerahkan trofi atau statuattes yang dinamakan Academy Award of Merit, sebuah patung bersadur emas bersaiz 34 cm tinggi dan seberat 3.85 kg. Patung ini juga cukup glamour dengan gelaran the Oscar, yang mana  cukup misteri tentang asal usul panggilan itu. Terdapat beberapa kisah dan individu yang dirujuk berkaitan dengan panggilan itu.

Bagi edisi yang ke-80 ini, acara yang berprestij ini akan diterbitkan oleh Gilbert Cates, penerbit yang bukan asing lagi bagi acara ini. Beliau telah menerbitkan acara ini bagi edisi yang ke-67 dan ke-78 dan telah memenangi beberapa Anugerah Emmy. Berlandaskan kepada kejayaan tersebut beliau dijemput sekali lagi oleh Akademi pada tahun ini. Hos pada tahun ini pula adalah Jon Stewart yang sememangnya terkenal sebagai hos rancangan komedi The Daily Show with Jon Stewart. Ini merupakan tugas kali kedua bagi Stewart mengacarakan anugerah Akademi. Edisi kali ini juga akan membariskan ramai bintang-bintang terkenal sebagai penyampai anugerah. Antaranya, pemenang-pemanang kategori edisi lepas seperti Helen Mirren, Jennifer Hudson dan  Martin Scorsese. Beberapa bintang lain seperti Anne Hathaway, George Clooney, Cate Blanchet, Tom Hanks (my favorite actor), Harrison Ford, Nicole Kidman (my favorite actress) dan ramai lagi.

Senarai pencalonan bagi edisi kali ini boleh dilihat di sini.

Rata-rata para pemerhati filem menjangkakan filem No Country for Old Man dan There Will Be Blood akan meraih anugerah Filem Terbaik. Adik beradik Coen dijangka akan memenangi kategori Pengarah Terbaik melalui filem mereka No Country for Old Man. Pemerhati filem juga meletakkan harapan pada Daniel Day Lewis atau George Clooney untuk meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui lakonan masing-masing There Will Be Blood dan Micheal Clayston. Manakala, anugerah Pelakon Wanita Terbaik wajar diberi kepada Julie Christie untuk filem Away From Her. Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula dijangka dimenangi oleh Javier Bardem juga untuk filem No Country For Old Man. Kategori Pelakon Pembantu Wanita pula layak diberi kepada Cate Blanchet untuk filem I’m Not There.

Berikut adalah prediksi Kawe bagi pemenang anugerah OSCAR pada tahun ini berdasarkan komentar penulis dan jurnalis filem yang Kawe baca.

Filem Terbaik: No Conutry for Old Man

Pengarah Terbaik: Joen Coen & Ethan Coen (No Country for Old Man)

Pelakon Lelaki Terbaik : Daniel Day Lewis (There’ll be Blood)

Pelakon Wanita Terbaik: Julie Christie (Away From Her)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Javier Bardem (No Country for Old Man)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Cate Blanchet (I’m Not There)

Filem Animasi Terbaik: Ratatouile

Filem Bahasa Asing Terbaik: The Counterfeiters (Austria)

Lakon Layar Asal Terbaik: Diablo Cody (Juno)

Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Joel & Ethan Coen (No Country For Old Men)

Dokumentari Terbaik: No End In Sight

Skor Muzik Asal Terbaik: The Atonement

Lagu Asal Terbaik: Falling Slowly (Once)

Suntingan Terbaik: Bourne Ultimatum

Penataan Seni Terbaik: Sweeney Todd

Sinematografi Terbaik: The Atonement

Rekaan Kostum Terbaik: The Atonement

Make-up Terbaik: La Vie en Rose

Kesan Bunyi Terbaik: Transformer

Suntingan Bunyi Terbaik: Transformer

Kesan Visual Terbaik: Transformer

Filem Pendek ‘Live Shot’ Terbaik: Tanghi Argentini

Filem Animasi Pendek Terbaik: I Met The Walrus

Dokumentari Terbaik – Short Subject: Sari’s Mother

 

Selamat berjaya kepada calon dan selamat menonton!

 

 

Published in: on Februari 24, 2008 at 11:13 pm  Comments (3)  

PRU12: 10 Calon Menang Tanpa Bertanding

Berikut adalah senarai calon yang menang tanpa bertanding:

PARLIMEN

1. Datuk Seri Azalina Othman (BN) – Pengerang (Johor)

2. Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN) – Kalabakan (Sabah)

3. Tan Sri Joseph Kurup (BN) – Pensiangan (Sabah)

4. Aaron Ago Dagang (BN) – Kanowit (Sarawak)

5 Joseph Entulu Belaun (BN) – Selangau (Sarawak)

6. Alexander Nanta Linggi (BN) – Kapit (Sarawak)

7. Norah Tun Abdul Rahman (BN) – Tanjong Manis (Sarawak)

DEWAN UNDANGAN NEGERI

8. Datuk Ramlee Marahaban (BN) – Bugaya (Sabah)

9. Datuk Abdul Rahman Palil (BN) – Sementa (Selangor)

10. Wan Ubaidah Omar (Pas) – Kijang (Kelantan)

Published in: on Februari 24, 2008 at 9:39 pm  Comments (2)  

A Warm Greeting From Down Under – Part 2

syd121.jpg 
Harbour Bridge on the background
syd10.jpg 
 Sunset Cruising
syd11.jpg
Lepak by harbourside 
Cerita akan menyusul… heheheheh..
Published in: on Februari 17, 2008 at 2:36 am  Comments (10)  

Marilah mari pergi mengundi

peti.jpgSuruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah memilih tarikh 8 Mac sebagai hari rakyat Malaysia keluar mengundi. Manakala tarikh untuk penamaan calon-calon parti yang bertanding akan dilaksanakan pada 24 Februari. Ini bermakna tempoh berkempen adalah selama 14 hari.

Marilah kita semua (bagi yang berdaftar) menunaikan tanggungjawab ini.

 

 

Published in: on Februari 14, 2008 at 1:05 pm  Comments (9)  

Parlimen Telah Dibubarkan

 voting.jpg

YAB Perdana Menteri telah mengisytiharkan pembubaran parlimen pada satu sesi sidang akhbar khas di pejabat beliau pada jam 12.35 tengahari tadi setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong pada sebelah paginya. Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak turut dinasihatkan dibubarkan pada hari yang sama bagi membolehkan pilihanraya umum yang ke-12 dilaksanakan.

SPR akan  bermesyuarat pada hari esok untuk menentukan 2 tarikh penting iaitu tarikh penamaan calon dan tarikh membuang undi.

Maka, sebagai rakyat Malaysia yang telah berdaftar, marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab ini.

Kawe: Dah lama tak kedengaran lagu ni. Marilah mari, pergi mengundi, tunaikan kewajipan pada negara.

 

Published in: on Februari 13, 2008 at 3:52 pm  Comments (4)  

Kawe’s been tagged for the first time!

Yeah, Kawe akhirnya di’tag’ buat kali pertama! Terima kasih HE kerana sudi tagged Kawe. Itu tandanya nama kita sentiasa diingati. Tak gituh? Oleh kerana Kawe masih baru dan tidak tahu sangat dengan konsep tag ni, makanya Kawe tak tahu adakah wajib kita menjawab ‘benda alah’ ni?? Kebanyakan yang Kawe baca dari blog-blog bloggers lain, rata-rata  tag ni seperti suatu kewajipan untuk menjawabnya. Kenapa ya?

Bagi Kawe, tag ni semacam satu budaya. Ia juga boleh dianggap sebagai bentuk komunikasi. Daripada perspektif biasa, terlihat tag ini seumpama usikan. Tetapi daripada sudut lain, tag ini secara tidak langsung dapat melahirkan sesuatu yang unik. Sesungguhnya, seseorang insan itu mempunyai rasa, cara pemikiran, pendapat, perasaan, tindak balas, etc, etc, yang berbeza, berdasarkan respons yang terzahir pada jawapan mereka. Sebab itu Kawe katakan ia menghasilkan sesuatu yang unik, kreatif, lucu  walaupun terkadang ianya tidak begitu releven dan rasional. Kita boleh lihat betapa berbezanya setiap orang itu. Di sini kita tidak perlu melihat kepada betul atau salah. Tetapi yang lebih penting kita perlu melihat bagaimana seseorang itu menilai sesuatu subjek berdasarkan pengetahuan, pengalaman, perasaan masing-masing. Mereka mempunyai alasan tersendiri untuk menyata dan mengatakan sesuatu itu. Di sinilah kita perlu belajar menghormati pendapat orang lain. Secara tidak langsung tag ini juga dapat membuka minda kita untuk berfikir, bukan hanya secara logik, tapi juga kreatif.

Jadi HE, inilah jawapannya:

superheroes.jpg

Tag Superpower & Superhero

1. Apa Superpower idaman anda, pilih satu jek!

   Ni yang susah ni. Manusiakan tamak, mana cukup satu je. Okay la, pasal Kawe nih rabun, jadinya Kawe pilih superpower MATA!

2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?

    Ntahla, kawe tak baca komik atau cerita-cerita seumpama itu. eh, chup! Ada,  watak dalam citer A Million Dollar Man, apa ntah nama dia.

3. Kenapa/untuk apa superpower itu yang anda pilih?

    Sebab Kawe rabun tahap gaban la.. Diharap lepas ni Kawe tak payah susah2 nak pakai kanta lagi, boleh drive keter, tak teraba2 dalam gelap, tak jatuh longkang lagi, tak payh dok depan2 lagi, boleh meniru dlm exam (heheh..jgn dibuat ni, tak baik!).

4. Kelemahan superpower anda, wajib ada!

   Laaa, kelemahan apa pulak ni? Kata superpower! Tak boleh pejam mata lah kot. Dah kau pejam, mana leh nampak lagi dah! Wakakaakkak.

5. Nama anda sebagai hero.

    Matakawe.  Itu mata Kawe yang punya.

6. Motto anda sebagai superhero.

    Vision 20/20

7. Sebarkan tag ini kepada 10 member yang lain, kalau tak mampu 5 dah cukup!

   Hehehhe. Senarai mangsa-mangsa seterusnya:

   alangz, zure (saja kaco pengantin baru ni! apa agaknya yang power tu!)

   andhika, pyro, chomel, maman (drp dok diam tu baik jwb tag ni)

   pak kaduk, yum, delinn, fairuz (sorry kacau korang!)

  

 

Published in: on Februari 13, 2008 at 2:32 pm  Comments (4)  

A Warm Greeting From Down Under – Part 1

syd1.jpg

Jangan terkejut, Kawe bukan di Sydney! Kawe sekarang masih di Malaysia. Untuk kali ini, Kawe sengaja menulis entri ini sebab salah seorang dari kawan Kawe akan ke sana (dah sampai agaknya!). Tak nak kalah ni. Nak juga tunjuk kat dia yang Kawe dah sampai sana. Sepatutnya Kawe dah lama tulis entri ni, sebelum dia berangkat ke sana. Nak bagi dia rasa macam best giler pegi sana. Wakakakka.

Kawe telah ke Sydney pada bulan May tahun lepas kerana urusan kerja di sana. Orang kata sambil menyelam, minum air. Maka peluang ini juga Kawe guna sebaiknya untuk mengenali dengan lebih dekat ibu kota yang cukup terkenal di hemisfera selatan ini. Lebih manis lagi jadual lawatan kerja Kawe ke sana adalah bersamaan dengan tarikh lahir Kawe. Alangkah! Kawe kira ianya sebagai hadiah hari lahir Kawe yang ke-32 yang cukup manis untuk dikenang. Alhamdulillah. Kalau nak diharapkan wang simpanan, Kawe rasa belum masanya lagi Kawe dapat menjejakkan kaki ke bumi kangaroo ini.

syd5a.jpgSetelah menempuh penerbangan selama 8 jam dari Kuala Lumpur International Airport (KUL), maka mendaratlah pesawat MH141 di T1 International Terminal, Sydney Kingsford Smith International Airport (SYD). Sungguhpun tempoh penerbangan agak lama, Kawe tidak berasa begitu letih. Mungkin disebabkan Kawe memang teruja untuk ke Sydney. Walaupun sebelum ini Kawe sudah beberapa kali ke luar negara, tapi untuk kali ini lain benar perasaannya. Ataupun Kawe tidak berasa letih kerana Kawe mendapat servis yang bertaraf 5 bintang dari anak-anak kapal Malaysia Airlines yang sentiasa tersenyum manis. Sememangnya anak kapal MH amat wajar menerima Best Cabin Crew Award of the Year untuk ke berapa tahun berturut-turut. Kawe juga cukup bertuah kerana sebagai pegawai kerajaan, kami diberi priority dan kelas tiket kami dapat diupgrade ke kelas yang lebih tinggi di dalam pesawat MH. Dan kelebihan inilah yang membuatkan perjalanan kami menjadi lebih selesa dan mewah. Tu diaa!

Kawe kalau naik flight, Kawe akan pastikan dapat tempat duduk yang paling bagus bagi Kawe. Orang lain, Kawe tak tahulah. Tempat paling bagus bagi Kawe adalah di bahagian depan fiuslaj, dan semestinya di tepi tingkap. Kalu tak dapat window seat, the second choice would be at the aisle seat. Itulah tempat paling best bagi Kawe, walaupun the best seat sebenar-benarnya adalah the pilot’s seat, dekat cockpit tu. Heheeh. Waktu pesawat mula descending dan berlegar-legar untuk mendarat tadi, Kawe sempatlah melihat keindahan Sydney dari udara. Oleh kerana pada waktu itu lebih kurang 7.30 petang maka sangatlah cantik pemandangannya. Monumen pertama yang Kawe nampak adalah Harbour Bridge yang bergemerlapan cahayanya gagah merentangi Sydney Harbour. Dan, tidak jauh dari jambatan itu, tersergam indah the most famous Sydney Opera House. Hatiku berbisik, sampai jua ku ke sini.

syd2.jpg

Bulan Mei bagi benua di hemisfera selatan adalah berbeza iklimnya dari benua yang berada di hemisfera utara. Jika di utara akan berlaku musim bunga secara puratanya dari bulan Mac hingga Mei, lain pula bagi hemisfera selatan, di mana akan mengalami musim luruh. Bulan Mei di Australia bagi negeri-negeri di bawah Garisan Jadi (Tropic of Capricorn) akan mengalami suhu yang rendah di sekitar 11 hingga 25 darjah Celcius bergantung kepada lokasi (latiitud dan altitud) sesuatu tempat itu. Makin jauh ke selatan atau makin tinggi tempat itu semakin sejuklah suhunya. Suhu Sydney pada waktu itu cukup nyaman dengan suhu di bawah panahan terik matahari adalah sekitar 20 – 22 Darjah, manakala pada waktu malamnya sekitar 14 – 18 Darjah. Cuaca yang sesakali mendung dan berangin membuatkan anda bebas berjalan dengan selesa.

Setelah menghabiskan tugas-tugas rasmi Kawe di Canberra (tempat yang aman damai, sesuai untuk pesara dan warga emas!) dengan berbekalkan baki 2 hari lagi berada di Australia, Kawe kembali semula ke Sydney. It was a precious moment! It was a time for leisure! Tapi ada masalah lah! Masalahnya kawe cukup pening untuk Kawe memikirkan bagaimana nak menghabiskan ke semua tempat menarik di Sydney dalam tempoh 2 hari tersebut. Untuk pengetahuan, Kawe menggunakan peruntukan sendiri bagi tujuan liburan ini ya. Takut nanti ada yang salah faham. Kut nanti ada orang cakap Kawe menghabiskan income tax depa pulak. Larriikk. Kawe juga bukan berseorangan di Sydney. Sebenarnya, Kawe sudah buat rancangan trip to Sydney ni dengan satu kumpulan dari KL jugak. Tujuan mereka ke Australia ini memang semata-mata untuk bercuti. Maklumlah, depa baru dapat bonus 4 – 6 bulan sorang. Best kerja private sector ni! PLC pulak tu. Mewah betul depa nih. Sebenarnya, depa (a group of 4) terlebih dahulu sudah beberapa hari di Gold Coast selama Kawe berada di Canberra. Untuk menjimatkan belanja penginapan, depa telah menempah sebuah service apartment di Down Town Sydney (yang bagi Kawe, takdelah jimat manapun sebab apartment ni agak mewah jugak). Apartment 3 bilik, lengkap dengan perabut, aircond, tv, dan Kawe paling suka bahagian dapurnya. Cukup cantik dan lengkap dengan peralatan memasak dan ada kemudahan laundry. Tak hairan lah, untuk makan malam bagi 2 malam berturut tu, Kawe menunjukkan skill memasak yang ada. Bahan-bahan untuk memasak tidak susah dicari. Pergi saja ke kedai Cina, tak jauh cuma 3 bloks sahaja dari apartmen Kawe ni, anda akan dapat beras, likan segar, telur dan bahan makanan asia di sini, malah belacan Penang, daun limau purut, pandan pun ada. Kebanyakannya diimport dari Malaysia dan Indonesia.

syd4.jpg

Untuk hari pertama liburan di Sydney, pada sebelah paginya selepas bersarapan ringkas kami bersiar-siar di Downtown Sydney terlebih dahulu. Kami ke Queen Victoria Buliding yang terletak di persimpangan Druitt Street dan York street. Apa yang menarik tentang bangunan ini ialah merupakan sebuah bangunan yang bercirikan senibina era Victoria yang bercirikan arkitektur Roman yang telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 1898. Bangunan ini kelihatan begitu kontras dengan bangunan pencakar langit moden di sekelilingnya. Ia menempatkan kesemua butik-butik yang berjenama dari seluruh dunia. Ternyata ini bukan tempat Kawe! Mungkin tempat ini dekat dengan apartment kami, maka sebab itulah tempat ini pertama sekali kami lawati. Kawe hanya mampu menikmati kecantikan arkitektur bangunan ini. Secara keseluruhannya Kawe amat menyukai rekabentuk luaran dan dalamannya. Bangunan ini mempunyai kubah yang besar di tengah-tengahnya, tingkap kaca berwarna-warni. Terdapat 2 buah jam mekanikal yang besar di kompleks ini yang bagi Kawe amat menarik sekali. Sayang Kawe tak banyak mengambil foto di sini.

Selepas itu kami ke ke Darling Harbour dengan berjalan kaki selama 20 minit dari QVB. Banyak hotspots yang boleh dikunjungi di sini. Di sini terdapat IMAX Theatre, Sydney Harbour Convention Centre dan Harbourside Complex. Sekiranya anda suka akan kopi anda boleh lepak di Cockle Bay Wharf atau sekiranya anda mengimpikan sebuah jamuan makan malam yang romantik anda boleh ke salah sebuah restoran mewah di King Street Wharf. Kawe hanya memilih untuk habiskan masa bersantaian di laman santai yang disediakan di pesisir harbour. Menikmati betapa indahnya panorama kota raya Sydney di sisiran laut. Pencakar langitnya dengan megah menongkat langit Sydney. Bayangannya terlukis indah di permukaan sungai Darling yang sesekali bergolak dicarik kapal-kapal yang hilir mudik. Indah sungguh!

syd6.jpg

Setelah puas bersantaian sambil mencuci mata, kemudian kami berlima mencuba menaiki Jetboat. Cukup memeningkan kepala dan meloyakan tekak. Terasa lebih hebat lagi daripada rollercoaster. Anda akan basah dan dapat merasa betapa masin dan pahitnya air laut. Tapi Kawe cukup kagum akan kecantikan kota Sydney dan keindahan Harbour Bridge, dari bawahnya! Jetboat ini akan dipandu dengan laju dan akan dibuat pusingan U secara tiba-tiba. Seronoknya! Ia akan berlegar-legar dari Darling Harbour melalui Harbour Bridge hingga ke Sydney Harbour dan kemudian berpatah balik ke Darling Harbour. Selepas penat dan rasa pening sudah surut kami berhenti sejenak untuk makan tengah hari.

Menyambung kembali lawatan kami berkunjung ke Sydney Aquarium yang dianggap di antara akuarium terbesar dunia dan memiliki spesies akuatik paling banyak! Kawe rasa kalau diperuntukkan sehari di sini masih terasa ianya tidak memadai untuk Kawe menghayati satu persatu hidupan akuatik di sini. Terdapat lebih dari 12,000 hidupan dan 500 species akuatik di sini. Akuarium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian utama iaitu Southern River yang menempatkan species akuatik dari Lembangan Sungai Murray-Darling termasuk haiwan unik Platypus. Bahagian keduanya ialah Northern River yang mengandungi species buaya air masin dan Barramundi. Bahagian seterusnya ialah Southern Ocean yang menempatkan species penguins, anjing laut, hidupan di Sydney Harbour dan hidupan akuatik Pasifik Selatan. Bahagian yang terakhir sekali adalah Northern Ocean yang menempatkan hidupan akuatik dari Great Barrier Reef yang kaya dengan pelbagai spesies hidupan termasuklah batu karang dalam pebagai bentuk dan warna. Saat yang tak dapat Kawe lupa apabila Kawe melalui terowong kaca bawah air yang melalui tengah2 akuarium di mana pada waktu itu beberapa ekor jerung dan mataray mengelilingi terowong itu. Sungguh menakjubkan! Sebenarnya sungguh banyak hidupan akuatik yang kita lihat. Di sini juga dipamerkan spesies yang dijangka akan pupus dalam beberapa tahun lagi.

syd7a.jpgSetelah habis ‘bermain’ dengan ikan-ikan di situ, kami kemudiannya ke National Maritime Museum yang terletak tidak jauh dari akuarium tadi. Di sini di pamerkan pelbagai artifak dan objek yang berkaitan dengan sejarah dan pembangunan maritim Australia. Ini termasuklah sejarah pelayaran Australia, penghijrahan imigran, ekplorasi dan penghijrahan bangsa Eropah, komuniti maritim asal Australia, teknologi maritime, industri perkapalan dan pelayaran dan aktiviti sukan maritim. Di luar muzium berlabuh dengan megahnya HMAS Vampire, sebuah kapal perang, HMAS Onslow, sebuah kapal selam, HMAS Advance sebuah bot peronda pantai dan beberapa kapal kecil sedia untuk dilawati. Oleh kerana senja telah menjelma, kami berlima bergerak pulang ke apartment untuk makan malam dan rehat buat seketika, kerana selepas ini kami akan ke Circular Quay untuk mendapatkan ferry bagi aktiviti night cruising ke Darling Harbour dan seterusnya menikmati pengalaman indah night safari di World of Wildlife.

Bersambung…