New Year, New Resolutions

new-yr-2008-1.jpg

Salam Tahun Baru Masehi 2008 dan Salam Tahun Baru Hijrah 1429. Kawe rasa masih belum terlewat untuk mengucapkannya tatkala tahun masehi sudah menjengah  hari yang ke-24 dan takwim hijrah sudah menjejaki hari yang ke-15. Alhamdulillah Kawe kembali semula ke sini dan akan mengotakan janji Kawe sebelum ini untuk menulis apa saja yang difikirkan perlu. ‘Kehilangan’ Kawe kebelakangan ini adalah kehilangan yang bersifat sementara.

Seperti biasa bersempena kehadiran tahun baru, kita sentiasa mencipta azam atau resolusi dengan memasang pelbagai niat untuk mencapai itu dan ini, tetapi tak sampai suku tahun kita mula lupa atau sengaja melupai segala azam dan angan yang kita pasang pada awal tahun. Antara kita ini berapa ramai yang berjaya melunaskan segala azam dan merelisasikan segala perancangan yang dipaterikan. Adakah tahun 2007 kita lebih berjaya dari tahun 2006? Adakah kita menjadi lebih kaya? Adakah kerjaya kita pada 2007 lebih cemerlang dari tahun-tahun terdahulu? Adakah kita berjaya memberi kebahagiaan kepada keluarga kita? Adakah kita telah menjadi insan yang lebih baik dari masa-masa dahulu? Atau adakah semuanya tinggal angan-angan?

Pada pandangan Kawe, kita sememangnya memerlukan azam. Azam adalah visii, matlamat utama yang perlu kita capai. Dan setiap visi itu memerlukan misi, suatu perancangan strategik yang perlu dirangka dan dilaksanakan dalam merealisasikan setiap aspirasi hidup kita. Tanpa azam, kita seperti lalang yang ditiup angin, meliuk-lintuk dipupuk bayu. Ibarat berenang di lautan luas, hilang arah, hilang panduan, sesat ke pelabuhan kejayaan. Tapi bagi Kawe, azam itu tidak semestinya dibuat di awal tahun. Kita boleh lakarkan azam kita itu bila-bila masa  sahaja. Dan, yang paling penting azam kita itu memerlukan batas masa untuk dilaksana dan direalisasikan. Kita perlu menetapkan tempoh waktu yang bersesuaian dalam melaksanakan segala pelan dan tindakan ke arah mencapai sesuatu azam tersebut. Kita perlu mengenal pasti sesuatu azam tersebut boleh dicapai dalam jangka pendek atau panjang. Adakah perancangan itu dapat dicapai dalam 3, 5, 10, 20 tahun atau lebih. Sesungguhnya usaha yang bersungguh-sunguh, tekun dan fokus itu adalah kunci kejayaan. Kita sememangnya maklum dan percaya bahawa setiap kejayaan itu tidak datang dengan mudah tanpa sebarang usaha. Yang bulat tidak selalunya datang bergolek dan yang pipih tidak sentiasa datang melayang. Kita hendaklah sentiasa memantau setiap pelaksanaan yang kita buat sentiasa mengikut pelan yang telah dirancang agar kita tidak menyimpang jauh dari pelan dan lari daripada jadual asal.

Kawe ada membaca artikel dari majalah dan menghadiri ceramah motivasi sebelum ini dan ingin berkongsi serba sedikit tips yang telah Kawe kumpulkan. Antara resepi yang Kawe rasa dapat menolong kita menjayakan setiap azam yang diikrarkan adalah kita perlu ada ’sebab’ untuk berubah. ‘Sebab’ untuk membuat perubahan ini lahir daripada ilmu dan kesedaran tentang apa yang lebih baik dan utama perlu dicapai atau dimiliki agar hidup lebih bermakna. Contohnya, jika seseorang itu berbadan kurus-kering dan tidak selesa dengan penampilan bentuk fizikalnya, maka dia mempunyai sebab untuk berazam mendapatkan sebentuk tubuh yang berotot sasa. Dengan itu, dia perlu berniat, berikrar dan berjanji untuk mengukuhkan lagi kemahuannya untuk berubah. Niat adalah penting kerana ia menyatakan dengan jelas hala tuju atau arah tindakan yang bakal diambil. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Seterusnya orang yang berazam perlu yakin diri dan teguh pendirian. Jangan ada was-was akan kemampuan diri untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Yakin boleh. Malaysia Boleh! Aku Boleh! Kesabaran dan ketabahan hati amat diperlukan ketika mengambil tindakan membuat perubahan. Kawe tahu untuk meninggalkan tabiat dan kebiasaan yang buruk misalnya, bukan suatu yang mudah. Hati perlu sabar dan tabah menanggung kesusahan dan kepayahan. Begitu juga ketika melatih diri  agar tetap beristiqamah. Sebagai contoh bukan mudah untuk kita melupakan segala makanan lazat yang biasa kita jamah hari-hari semata-mata untuk kita mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

Tidak dinafikan kita memerlukan bantuan dan sokongan dalam menjayakan azam kita. Paling utama sekali kita perlu panjatkan doa kepada Tuhan, mohon pedoman kerahmatan daripadaNya. Kita juga perlukan bantuan dari pakar, rakan-rakan, ahli keluarga dan sesaiapa yang rapat dengan kita.

Sebagai seorang muslim Kawe percaya akan Qada’ dan Qadar. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Ada kala  murah rezeki. Ada kala, agak lambat permintaan kita dimakbulkan. Alhamdulillah, untuk tahun 2007 yang lalu, berkat usaha yang gigih, banyak  hajat dan cita-cita  Kawe telah dimakbulkan. Walaupun tidak semua terlaksana tapi, kurniaan-kurniaan yang Kawe peroleh cukup membahagiakan, menggembirakan. Tahun 2007 seolah-olah tahun yang paling manis dalam hidup Kawe. Sememangnya angka 7 sedari dulu lagi adalah angka kegemaran Kawe selain angka 5. Kawe mengambil kesempatan ini untuk menitipkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua insan yang sentiasa memberi bantuan, dorongan dan sokongan kepada Kawe. Sesungguhnya rasa terima kasih itu tidak dapat dinukilkan secara kata-kata atau dalam bentuk tukisan. Kawe ingin berkongsi kegembiraan ini bersama kalian semua.

Ya Allah, aku memanjat syukur ke hadratMu. Terima kasih di atas segala nikmat yang Kau limpahkan ini. Jadikanlah aku insan yang tahu bersyukur dengan segala nikmatmu ini. Kau jadikanlah aku insan yang sentiasa beristiqamah dalam melangsungkan segala amanah yang diberikan kepada ku. Amin.

Published in: on Januari 24, 2008 at 8:59 pm  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://kawejauh.wordpress.com/2008/01/24/new-year-new-resolutions/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

5 KomenTinggalkan komen

  1. AlhamdulliAllah akhir nya…oopppss dimulakan dgn niat

  2. ehem..ehem…yum org first kasi komen…

  3. mak aih..dah hujung bulan baru nak make up sket blog ni..takpe, janji ade resolusi..hehe😀

  4. harap harap menghapdet blog ni pun ..istiqomah ye..heheheheh hwa hwa hwa… apa pun selamat tahunbaru…semoga terus dilimpahi pelbagai kemudahan dan kesenangan

  5. Selamat Tahun Baru Islam, Selamat Tahun Baru dan sekaligus Selamat Tahun Baru Cina…… huahuahahua…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: