Sesatku di rimba kenangan 2

memories1.jpg

Di dalam pengembaraan menelusuri jalan-jalan kenangan itu, satu demi satu Kawe menyelak lembaran-lembaran lama yang Kawe rasa sudah agak lama tidak dirungkai. Aduhai! Alangkah indahnya hidupku ini. Kisah manis dan pahit begitu erat terjalin dan sebati dengan setiap langkah yang dilalui. Pada setiap langkah diinjak ada cerita yang tercitra. Antara nafas yang dihirup dihembus terselit ceria tawa dan antara degup jantung dan denyut nadi bertingkah ada kalanya hati berlagu hiba. Begitu hidup kita. Setiap apa yang berlaku akan lahirlah kenangan. Selagi nyawa dikandung badan. Begitulah! Entah mengapa di saat ini Kawe cukup berani menjejaki kembali kisah-kisah lalu yang sekian lama Kawe tidak lawati.

Bercerita tentang kenangan ni, seperti yang kita maklum sebenarnya kita bercerita tentang kisah-kisah lalu. Tidak kiralah apa kesudahannya, sama ada ceria atau sebaliknya. Kalau bahagia kesudahannya, pasti kita akan mengenangkannya dengan rasa gembira dan vice-versa. Tapi, mengapa perlu ada kenangan? Sememangnya kita  mempunyai  ingatan di benak fikiran kita. Justeru, selagi  hayat masih ada,  selagi itulah kita akan punya kenangan. Kenangan yang kuat pada hati kita biasanya kenangan dari kisah yang memberi impak pada hidup kita.  Apa saja yang membuat hati kita manis atau terluka, pasti sukar untuk kita melupainya. Biar kita terus mencuba!

Tika mengimbau kisah-kisah silam ini, entah mengapa Kawe merasakan ada kenangan yang perlu Kawe kembalikan untuk dinikmati lagi pada hari ini. Ada juga kenangan yang Kawe mahu lupakan terus, semadikan dalam-dalam di lubuk hati  agar tidak terkuak lagi untuk diingati kembali. Dan yang selebihnya Kawe letak di tengah-tengah, agar mudah untuk Kawe lawati kembali bila perlu, bila-bila masa.

Kisah-kisah yang ingin Kawe kembalikan pada saat ini pastilah kisah-kisah yang membahagiakan. Pastinya kenangan bersama keluarga menduduki carta teratas. Alangkah manis pada saat dimanja, dibelai, diusap, didokong, dibimbing, disuap dan bermacam-macam lagi yang diperlakukan oleh kedua orang tua kita. Betulkan? Cuba kenangkan detik-detik bermain berkejaran, berebut makanan bersama saudara-saudara kita yang kadang-kala disulami cubitan-cubitan kakak-kakak, rasa takut pada abang-abang. Bahagiakan! Cuba kenangkan kembali di zaman persekolahan. Betapa seronoknya dapat kawan ramai di kelas. Bertukar-tukar cerita, buka nota. Kekadang tu tolong kawan tiru dalam peperiksaan. Kadang-kala bergaduh dan pernah juga bertumbuk. Setiap pagi beratur sebelum masuk kelas untuk menyanyikan lagu Negaraku, mengaminkan doa dan mendengar pengumuman. Cuba kenangkan kembali kita bertukar-tukar makanan (bekal dari rumah) pada waktu rehat. Lepak di perpustakaan sekolah selepas tamat waktu persekolahan. Dan, masih Kawe ingat  pada sebelah petang  Kawe akan tunggu ayah di bawah pokok ketapang bersama rakan-rakan yang lain sambil minum ais krim Malaysia (dalam plastik panjang)  yang dibeli dari Warung Pok Mat.

Tidak perlulah Kawe mengenangkan kembali cerita-cerita yang tak mahu diingati. Pastinya kisah-kisah itu amat menyedihkan, memedihkan, bisa meruntunkan hati. Bisanya berdenyut lagi dan luka lama berdarah kembali. Kawe tidak mahu merasakan semuanya lagi. Cukuplah! Tapi untuk pembaca blog ini, Kawe sanggup untuk titpkan satu kisah yang Kawe rasa sangat sedih bagi Kawe pada usia Kawe 12 tahun. Tahun itu adalah tahun terakhir Kawe di sekolah rendah, kerana pada tahun depannya Kawe akan mula belajar di sekolah menengah. Kawe pada tahun sebelumnya iaitu semasa Darjah 5 teah mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (PPDL). Pada peperiksaan itu Kawe telah mendapat keputusan yang amat baik iaitu 5A bersama 25 orang rakan yang lain. Memang dari dulu lagi Kawe bercita-cita untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh. Cita-cita Kawe itu sangat tinggi dan Kawe betul-betul berusaha sehingga mencapai keputusan yang baik. Menjadi kebiasaan surat panggilan ke sekolah berasrama penuh akan dihantar di dalam bulan Disember. Jadi sepanjang bulan tersebut tiap-tiap hari Kawe menunggu posmen untuk menanyakan kalau-kalau ada surat untuk Kawe. Harapan Kawe amat tinggi pada waktu itu. Bila sudah dekat penggal baru sekolah hendak dibuka, Kawe bertambah suspens kerana surat panggilan tak kunjung tiba. Lebih tersentuh bila dapat tahu kawan-kawan yang lain sudah dapat surat tawaran satu persatu. Tinggallah Kawe dan beberapa orang yang senasib yang masih menunggu jawapan. Pada waktu itu seperti tidak ada harapan lagi. Sekolahpun tidak lama lagi akan dibuka. Kawe sering menangis dan bertanyakan apakah salah Kawe. Adakah silap isi borang. Adakah salah alamat. Tapi ayah selalu menasihati Kawe agar berfikir berfikir yang positif. Ayah kata “Takpolah kalu tokleh nok ngaji sekolah asrama tu. Kalu kito oghe panda, sekolah man0-mano pun sama saja. Kalu tokleh hok ni tra (try) lagi masa SRP!”. Tapi, biasalah anak bongsu, anak manja! Nak orang pujuk. Masa ini lah nak ngada-ngada, nak bermanja-manja. Hehehe. Itulah sejarah kenangan pahit Kawe yang pertama kali Kawe rasa dalam hidup ini.

Pada Kawe kenangan itu boleh muncul di mana-mana. Saat kita melihat foto-foto orang tersayang (maaf, tidak termasuk foto porno ya!), ia akan mengingatkan kembali detik-detik suka-duka bersama mereka. Kenangan itu bukan sahaja diimbau melalui foto-foto di album atau di frame atas rak atau di dinding rumah. Malah, kenangan juga boleh diimbau menerusi pakaian, barang-barang yang pernah dihadiahkan seseorang dan juga tempat-tempat yang sering dikunjungi seperti taman, cafe, perpustakaan, makmal komputer. Kawe hanya sekadar memberikan beberapa contoh sahaja.

Walau apapun anggapan kita pada kenangan, sama ada mahu atau tidak, ia akan sentiasa berada di samping kita. Kenagan adalah sebahagian daripada hidup insan. Bagi Kawe, setiap hari Kawe belajar untuk mensyukuri di atas kenangan manis pada masa lalu dan sentiasa belajar menghargainya. Kawe juga sentiasa belajar untuk menerima hakikat yang setiap yang pahit (dan juga yang manis) itu ada hikmah di sebaliknya. Jadikan sebagai peringatan pada hati agar ia tidak akan berlaku lagi. Biar apa pun alasan ia bukan lagi satu dosa. Bagi Kawe, kita harus berfikir, apa yang kita perolehi sekarang adalah lebih bernilai dari kenangan kita pada masa lalu. Betul ke ni?

Ya Tuhan! Minda Kawe telah tepu dengan kenangan-kenangan lalu yang berbaur. Terasakan yang Kawe sedang sesat di jalan-jalan kenangan itu. Tunjukkan Kawe jalan pulang! Bila Kawe terjaga untuk kesekian kalinya telinga Kawe menangkap bait-bait lagu Kenangan Terindah nyanyian Samsons yang terkesan di hati Kawe.

namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

Salam kenangan dari Kawe

Published in: on November 25, 2007 at 11:35 pm  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://kawejauh.wordpress.com/2007/11/25/sesatku-di-rimba-kenangan-2/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

15 KomenTinggalkan komen

  1. tahniah kawejauh! selamat berkongsi cerita…🙂

    kawe: bila u nak update blog tu?

  2. Dan seringkan pabila kita menoleh ke belakang, pelbagai memori kembali menerjah ke kotak fikiran. Pastinya, yang buruk selalu difikir. Kenapa, mengapa. Kerna? ia mencorak perjalanan hidup kita kini. Apapun, jadikan ia sebagai satu semangat. Membantu membimbing, menunjuk ke mana arah yang akan ditempuhi kelak.

    yup, kawe setuju dgn alangz.

  3. aku terimbau kenangan lama aku bila membaca entri kau ni kawe..uh…

    kawe: yeke? tulih lah dlm blog

  4. err…tengokla dulu kawe..hehe…

    kawe: nak tgk apa lagi tu, hehehe..

  5. bagus ko cite kisah2 lama tu, boleh buat org insaf (yg mana dtg dari kg jugaklah) errr lepas srp ko dpt masuk sek. asrama tak? aku pun masa dulu nak gak masuk asrama mcm org lain..mcm best masuk(masa nak naik form 1) ,rupenya best lagi dok kat umah… kui 3x

    kawejauh: cepu mas soalan u ni jijo. Lepas SRP tu Kawe stay kat sekolah sama walaupun dpt good result. Rasa sayang pulak dgn sekolah tu, sayang kat cikgu dan sayang nak tinggalkan kawan2. Lagipun dah fofuler! wakakakaakk.

  6. HE rasa, HE hendak tunggu ketikanya Kawe berbicara tentang waktu mendapat kerja. DI situ kenangannya boleh HE sama memagut kisahnya. Andai ada waktu, ingin sekali memindahkan masa ke belakang, melalui semula saat lalu. Namun itu hakikat yang kita perlu pegang bahawa, masa ini sentiasa berputar tanpa henti sebagaimana bumi berputar di atas paksinya dan berputar mengelilingi mentari tanpa jemu sehingga alam diakhiri atas kehendakNya.

    kawe: Bagus cadangan tu, insya allah kawe akan tulis kisah tu dlm entri yg khas. Tgh dok pikir tajuk dia ni. Thanks HE!

  7. budak bijak kawe nie gupe nye..i like ur story line kisah-kisah silam nie.Ko ada writing skill yg menarik dan i tertarik u..auuwwwwww SILA UPDATE SELALU wakahakahkah

    kawe: Tulah dulu pernah dpt Anugerah Pullitzer, wakakakak.. Anyway, thanks Melor. Insya Allah akn di’update’kan selalu.

  8. Life is drawing without an eraser…sekali kita melakarkan memori tu, ianya tetap kekal dalam lipatan kenangan.Sekuat mana pun kita cuba memadam nya, sedikit sebanyak pasti akan terlekat di ruang ingatan.

    kawe: tahnk u, Nini, best blog u tu!

  9. Kawe,

    1. melodi dlm blog sy dinamakan POT. Karya Kitaro.
    2. ada code khas utk meletakkannya di blog. emel saya (rudy[at]bluehikari[dot]com, saya akan beri. pastikan kawe ada lagu yg sudah diupload ke server utk dimainkan dlm blog.

    salam perkenalan. shbt HE ya?

    kawe: selamat berkenalan, ya saya sahabat HE. Nanti saya emel Rudy. Thank u!

  10. Semoga kenangan indah itu menjadi suatu sejarah yg tidak akan dilupakan didalam pencarian hidup..pencarian yg menuju suatu arah yg sama…

    salam perkenalan dari ambo…

    kawe: selamat berkenalan!

  11. bukan senang nak senang kan, kawe….

    kawe: ye cik tasnim yg berambut pendek ngalahkan Posh Beckham!

  12. HAI KAWE,

    BEST BACE BLOG KAWE, SO SWEET.
    TAK SABAR NAK BACE KISAH SELANJUTNYA…..

  13. Kawe..owwhh Kawe,bila la mu nak update nie?.Haiiipppppp besa dia nie tak update blog wakahakahkah[ala-ala gaya mak tiri]

  14. ini apa nih?tak diupdate-update! Baru sangat lagi dah hangat2 taik ayam wakakakkakaka ************larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

  15. salam…..perkenalan uat semua


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: