Sesatku di rimba kenangan 1

desktop-bground3.jpgWah! Wah! Wah! Sedap pulak dengar tajuk entri kali ni. Harapan Kawe biarlah isi entri ni sesedap tajuknya. Ah! Lupakan dulu janji Kawe untuk menceritakan perihal diri Kawe pada entri ini. Maaf ya! Kawe rasa perihal diri Kawe tu, biarlah dalam suasana yang lebih ekslusif. Ahaks!

Alarm Clock SONY yang terletak di meja sebelah katil Kawe menunjukkan pukul 12.30 malam semasa Kawe terjaga dari tidur tadi. Agaknya Kawe telah puas tidur kerana Kawe tidur agak awal malam tadi kira-kira pukul 9 malam ditambah dengan tidur di waktu siang tadi (maklumlah hari cuti). Semasa Kawe terjaga tadi, telinga Kawe terdengar lagu ‘Memori’ nyanyian Ruth Sahanaya yang berkumandang di saluran KlasikNasional FM. Ah, Kawe lupa untuk men-sleep-mode-kan radio tu rupanya! Dah lama juga Kawe tak mendengar lagu tu. Melodinya begitu syahdu dan liriknya menyentuh hati Kawe. Ish, teremosi lah pulak! Antara bait-bait lagunya seperti:

Memori kau membuka luka lama

yang kuingin lupa

memori tolong daku pergi jauh

janji takkan kembali…

Pada ketika itu fikiran Kawe telah menerawang jauh menelusuri kembali kenangan dan pengalaman yang lalu. Tapi apa yang Kawe ingin ceritakan di sini bukanlah ada kaitan dengan lirik lagu di atas. Bukannya kisah kecewa seperti itu. Ditinggalkan kekasih jauh sekali. Bila dikutip kembali tidak terhitung banyaknya kenangan yang telah Kawe lalui sepanjang perjalanan hidup selama 32 tahun ini. Kenangan yang pelbagai rasa. Ada pahit dan ada manisnya.  Kalau nak diceritakan kesemua kenangan-kenangan itu rasanya tak muat untuk ditulis di sini, dan bukanlah Kawe nak bercerita secara panjang lebar tentang kenangan Kawe. Cukuplah kiranya Kawe sekadar mengimbas saja kenangan yang telah Kawe pilih untuk diceritakan di sini.

Kawe mulakan dengan kenangan Kawe sewaktu kecil. Kawe merupakan anak bongsu di dalam keluarga. Kawe mempunyai 2 orang abang dan 4 orang kakak. Keluarga kami  serba-serbinya sederhana. Rumah kami tak besar tapi selesa untuk kami sekeluarga. Makan cukup, pakaian ada. Ayah selalu cakap, yang kami bukanlah orang berada. Makan, pakai setakat apa yang kami mampu. Ayahpun bukan makan gaji besar tapi bekerja sendiri. Macam-macam kerja telah ayah buat. Sebelum Kawe lahir Mek (panggilan Kawe kepada ibu) ada  cakap yang ayah pernah bekerja jauh dari rumah, ada sekali tu sampai ke Singapura ayah mencari rezeki bekerja membersih kapal di Keppel Port. (Kawe akan ceritakan tentang ayah dan mek kawe pada entri yang lain). Bila kami adik beradik telah semakin besar, maka semakin besarlah perbelanjaan yang perlu dibayar. Kawe tahu ayah dan mek bekerja keras untuk mendapatkan wang untuk memenuhi keperluan dan kehendak kami. Kawe kagum dengan ayah dan mek. Mereka berusaha bersungguh-sungguh demi memenuhi keperluan kami. Apa yang Kawe minta pasti ayah dapatkan, walaupun kekadang tu mengambil masa yang lama. Walaupun kawe pada waktu tu masih kanak-kanak, tapi kawe faham akan kesusahan kami pada waktu itu. Kawe rasa kasihan pada ayah dan mek. Oleh kerana kawe kasihan, kawe turut sama menolong ayah dan mek bekerja. Pada musim menanam padi kawe menolong ayah dan mek di sawah. Dari menyemai benih padi, memindah anak padi ke petak sawah (cedong, dalam bahasa Kelate) sehingga menuai padi, semuanya Kawe telah buat. Paling seronok pada musim padi masak. Cantik sangat pemandangannya! Warna kuning keemasan, berlatarkan bukit yang hijau nun di hujung kampung. Angin yang berpupuk sesekali bertiup kencang amat menyamankan walaupun pada waktu itu matahari panas memancar. Saat paling indah apabila pokok-pokok padi ditiup angin, seolah-olah Kawe berdiri di tengah-tengah lautan bergelombang berombakkan emas. Kulit Kawe yang pada asalnya putih cerah bertukar warna sawo, dan warnanya melakat sehingga kini. Paling tak seronok pada musim menanam padi kerana ianya jatuh pada musim hujan. Tanah becak, berair dan berselut hingga ke paras paha. Lintah dan pacat jadi teman setia. Pernah Kawe satu hari lintah menggigit telur di ‘barang kemas’ Kawe. Tanpa malu Kawe menjerit sekuat hati, dan ayah datang membuangnya dengan menggunakan tembakau rokoknya. Hasil tuaian padi ayah dibahagi dua, satu bahagian dijual kepda kilang padi dan sebahagian lagi untuk makan sekeluarga yang cukup sehinngga sampai musim menuai tahun hadapan.

Selalunya selepas musim menuai habis, orang kampung akan mula menanam tembakau. Ayah juga menanam tembakau. Oleh kerana ayah tiada tanah sendiri, jadi ayah menggunakan tanah orang lain. Menanam tembakau juga bukanlah satu perkara yang mudah. Tembakau sangat sensitif, baja tidak boleh terlebih, begitu juga dengan airnya. Tembakau tidak suka hujan. Apabila sudah besar iaitu selepas 3 bulan (kalau tak silap) daun tembakau mula boleh dipetik dan dijual kepada pengilang untuk dikeringkan. Pendapatan agak lumayan kerana harga tembakau pada waktu itu agak tinggi juga. Tapi sayang, musimnya agak pendek. Dulu, seingat Kawe, Kelantan merupakan pengeluar tembakau berkualiti tinggi untuk dieksport ke luar negeri. Rupanya, Kawe juga secara tak langsung terlibat dalam pengeluaran komoditi ini.

Semasa Kawe di Darjah 3, Kawe menolong mek menoreh. Pada waktu itu Kawe bersekolah di sesi petang jadi sempatlah Kawe menolong mek di kebun getah di sebelah pagi. Kawe sebenarnya hanya menolong mek memungut dan mengumpul susu getah. Kawe tak pandai menoreh. Mek kata pokok getah habis luka (luka yang macam mana yg dia maksudkan tu, kawe tak tahu!). Jadi, mek tak bagi kasi menoreh. Tak apalah. Lagipun kawe tak suka bangun pagi-pagi dan kena pergi kebun getah pagi-pagi tu. Banyak pacat lah! Nanti kena gigit kat situ lagi. Tak mahu dah. Jadi selalunya, kawe akan pergi mengumpul susu getal dalam pukul 9 pagi. Pergi dari satu pokok ke satu pokok. Oleh kerana kebun tu kecik saja, pukul 10.30 pagi dah habis kumpul susu getah. Masa mengumpul tu ada juga susu terpercik kena rambut dan ada juga yang masuk mulut. Sedap juga rasa susu getah. Rasanya manis dan berlemak! Tak caya pi try la.  Lepas kumpul susu, adalah dapat dalam 2 baldi. Mek jinjig satu, kawe jinjing satu ke tempat membeku dan membuat getah keping. Dah sampai situ, kawe ambil beberapa bekas yang dipanggil takung untuk dimasukkan susu getah tadi. Selalunya 2 baldi susu tu kita boleh dapat 5 keping getah. Untuk bekukan getah, kita perlu bubuh asid hidroklorik. Mek kawe panggil cuka getah je. Part ni, mek tak bagi kawe buat. Dia kata asid tu kuat. Bahaya! Dia takut tumpah kena Kawe. Sayangnya dia pada Kawe. Selepas 20 ke 30 minit susu getah tadi dah beku dan boleh dikeluarkan dari takung dan dilenyek-lenyek guna tangan. Part ni paling Kawe suka. Bila lenyek tu rasa seronok je. Rasa lembik, lembut, kenyal. Bunyik dia clup clap clup clap. Hehehe. Bila dah leper, kita perlu masukkan ke mesin penggelek rata beberapa kali sebelum dimasukkan ke mesin penggelek bunga. Mesin digerakkan dengan tangan. Selalunya kawelah yang pusingkan mesin tu dan mek akan memasuk dan mengawal kepingan getah. Bila dah selesai, getah yang dah siap tadi dijemur di belakang rumah. Lepas itu, Kawe akan cepat-cepat mandi dan bersiap ke sekolah yang bermula pada jam 1.30 tengah hari. Kekadang tu selalu juga cikgu dan kawan sekelas menegur Kawe sebab ada getah kat rambut. Itulah sebahagian memori Kawe menolong ayah dan mek.

Bila Kawe ingatkan kembali kisah tersebut, Kawe dapat mengaitkan dengan kehidupan Kawe pada tahap sekarang ini. Pengalaman itulah yang menjadikan diri Kawe pada hari ini. Ianya banyak mengajar Kawe tentang erti kesusahan dan kesenangan.

Bersambung…

Published in: on November 24, 2007 at 8:29 pm  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://kawejauh.wordpress.com/2007/11/24/sesatku-di-rimba-kenangan-1/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

8 KomenTinggalkan komen

  1. Salam…loni duk mana kat oversea ke?duk ngaji ko?kak linkkan blog demo eh?

    kawe: lo ni nyo dok di KL, kijo di putrajaya. silakan link kak. Nanti kawe linkkan akak punye jgk.

  2. er best citer demo nih..

    kawe: best ke? datang la selalu. Btw, thanks for drop by!

  3. huisshhh..panjangnya kawe mengimbau kenangan lalu…seronok lak aku membacanya..hahaha…kawe ni banyak pengalaman la dalam hidup ni ye..macam² dah kawe lalui nampaknya..hehe…

    kawe: yelah, kawe sedar diri dah tua..haahahah..

  4. pandai ko citer, kawe. ralit aku baca.

    kawe: kalu baca sambil mkn kuaci, lagi ralit kot…heheh.

  5. Memori lama memang indah di kenang…. secara tidak langsung membuat diri kita insaf… teruskan usaha kawe….

    kawe: bak kata pepatah melayu “usaha itu tangga kejayaan”.

  6. emmmmm…
    seronok baca citer demo. kawe pun klu tok hidup susoh masa kecik x berjaya gamoknya le nih.Alhamdulillah.

  7. wahh pandai nye ko menulis..salute aaaa

    kawe: boleh la sikit2 cik melor. Nyanyipun kawe boleh. Lagu Bunga Melor. Satu hari nanti kawe nak nyanyi lagu ni untuk melor, boleh?

  8. pjgnya entri.. waaahhh.. byknya pengalaman hidup.. kdg² bila diingat² balik yg lepas² ni best gak, kan?
    dan sy begitu setuju ngan perenggan last tu..😉

    kawe: memilikimu sebagai sahabat adalah antara kenangan terindah bagi diriku…ewah!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: