What a Surprise! Thank you everyone!

fastres-growing-2.jpg

Alhamdulillah. Tanpa disangka blog Kawe yang tak seberapa ni ramai juga yang sudi singgah di sini. Kawe anggap ni sebagai rekod peribadi Kawe, kerana tak sampai 24 jam selepas blog Kawe ni di’launch’ jumlah hits sudah melepasi 100 hits. Kawe memang tahulah bagaimana cara diaorang kira jumlah hits tu. Tapi bagi Kawe, ia bermakna ramailah jugak yang sudi menjengah ke sini. Blog baru memanglah akan ada orang akan terjah masuk untuk sekadar ingin tahu apa yang ada di blog baru tu. Hehehe. Whatever it is, Kawe gumbira dan menghargai lawatan anda ke sini. Ianya memberi semangat dan motivasi yang tinggi kepada Kawe untuk terus menulis di blog ini.

Seperti yang Kawe cakaplah dalam entri pertama Kawe tu, yang Kawe tak berapa yakin yang orang akan datang ke blog Kawe ni. Dan Kawe juga rasa terlalu awal untuk mengatakan yang akan ramai lagi yang akan datang ke sini. Apa-apa pun Kawe akan mencuba. Kalau tak mencuba sampai bila-bila kita tidak akan tahu hasilnya. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Insya Allah, Kawe akan sentiasa mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin. Harap-harap tak menjadi seperti hangat-hangat taik orang ayam saja. Kawe pun sekarang ni kalau pergi ke mana-mana mesti bawa bersama buku nota kecil dan pen. Bukan apa, nanti bila dah idea yang datang tu bolehlah nanti Kawe catatkan di dalam buku nota tu. Sekarang ni pun dah banyak juga idea yang datang, tapi masih dalam bentuk tajuk. Contentnya entah ke mananya lagi. Bagi Kawe bila dah ada tajuk, kira agak senanglah bila time nak menggoreng nanti. Yang pentingnya kenalah ada bahan-bahan asasanya dulu. Tak gitu?

blogstats1.jpgUntuk fasa permulaan ni, biarlah Kawe menceritakan perihal benda-benda yang dekat sekeliling Kawe dululah ya. Yelah manalah tahu, kot2 ada yang nak kenal lebih dekat lagi Kawe ni sapa, asal mana, hobi apa, apa kegemaran Kawe. Alah macam sesi ice-breaking gitu. Tapi kenalah tunggu next entry lah ya. Sekarang ni dah malam dah ni, Kawe dah mengantu. Next entry tu pun tak lama lagi keluar la. Tunggguuu.

Untuk ke sekian kalinya, Kawe nak ucap terima kasih banyak2 pada semua yang sudi datang dan baca blog Kawe ni. Kawe juga ingin ucapkan terima kasih pada Joe, Deo, Zuriaf dan BuzzyBug kerana sudi menghantar komen yang Kawe kira amat bermakna kepada Kawe dalam memberi semangat kepada Kawe untuk terus berblog. Sebelum Kawe berundur diri untuk sementara waktu ini, di sini Kawe titipkan serangkap pantun tanda penghargaan kepada anda semua.

Bila memandang ke muka laut

Terlihat sampan mudik ke hulu

Bila terkenang mulut menyebut

Budi yang baik ingat selalu

Salam budi,

Kawejauh

 

 

Published in: on November 22, 2007 at 5:56 pm  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://kawejauh.wordpress.com/2007/11/22/what-a-surprise-thank-you-everyone/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

6 KomenTinggalkan komen

  1. keep it up blogging

    We make new friend when we blog

    kawe: sure it is! i have u now my friend. Its a miracle!

  2. : )

    kawe: aih, tersenyum je..senyum sokmo, senyum temeweh tok tahu nok kato apo. heheheh

  3. tahniah ….[nak panggil apa ni]…letaklah nama panggilan, senang nak berkomunikasi dengan encik empunya blog. anyway, selamat berblogging. Jadikan blog satu wadah untuk memperbaiki diri dan mendepani pemikiran.

    kawe: panggil kawe je

  4. wow..hehe…semoga akan terus berblog dengan rancak ye…ermm, tak sabar nak tunggu sesi ice breaking..hahahaha…

    kawe: thnaks, datang2 la selalu.

  5. akhirnya this man (terjemahan kepada lagu anuar zain – lelaki ini) menerbitkan dan menulis tentang dirinya. sorry aku tidak perasan.. kalau tak dah lama aku mengomel di sini. enjoy blogging…

    kawe: hi there..tak sangka my blog idol masuk sini..thanks ya HE.

  6. hai kawe…

    salam perkenalan…

    keep up blogging!

    kawe: hi haniey, slmt berkenalan!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: