Salam Pengenalan

Assalaamualaikum dan salam sejahtera! (Ada ke org yg membaca ni??) Salam pengenalan, salam permulaan. Wah, akhirnya kawe berjaya juga mengadakan (bukan mengada-ngada, ye!)🙂 blog ini. Sebelum ini kawe cuma suka baca blog teman-teman dan blog sesapa sahaja yang kawe terjumpa di Internet. Suka melompat sana melompat sini. Kawe pun tak terfikir sebenarnya untuk menulis blog sendiri. Bukannya apa. Kawe rasa tak ada apa yang perlu dikongsikan bersama orang lain, lebih-lebih lagi cerita perihal peribadi kawe. (Sempit sangat pemikiran kawe tentang blog pada masa tu!). Rupanya, baru lah kawe sedar yang menulis blog ni luas skopnya, bukan sahaja berkisar kepada perihal peribadi penulis itu, tetapi mencakupi pelbagai ruang atau perkara berdasarkan kemahuan, pengetahuan dan pengalaman penulis itu sendiri.

Sebenarnya, Kawe ni bukan pandai sangatpun dalam bab penulisan ni. Dulu adalah juga Kawe mengambil kursus Penulisan Kreatif, tapi ilmu itu telah terhakis, kian menipis saban tahun kerana tidak dibersih dan digilap semahunya, dalam erti kata lain, ianya tidak dipraktis. Ilmu pengetahuan sekiranya tidak diamal, lama kelamaan ianya akan hilang. Heheheh. Cakap pandai la.

Mungkin anda nak tahu bagaimana, Kawe boleh terbuka hati untuk menulis blog ni. Untuk pengetahuan semua, Kawe ni kalau nak dikira sebagai pembaca blog bolehlah agaknya. Banyak jugalah blog yang Kawe singgah dan melangut di situ menghabiskan masa terluang Kawe. Dan, ada juga di antara blog-blog tersebut menjadi blog kegemaran Kawe. Salah satunya adalah Blog HE .Itu sudah pasti. Dia adalah sahabat Kawe yang dikenali semasa di Universiti. Kawe cukup tertarik dengan blognya. Sehingga kawe tidak sabar-sabar menunggu tulisan terkininya. Kawe kagum dengan dia, sebab blognya tidak hanya berkisar kepada diari seharian tetapi mencakupi pelbagai konteks kehidupan kita. Kawe juga baru-baru ini ada terbaca sebuah lagi blog yang cukup memberi kesan kepada Kawe. Banyak perkara yang Kawe dapat belajar dari blog tersebut tentang menjalani kehidupan kita dalam mencari sesuap nasi. Blog tersebut cukup menyentuh hati Kawe. Gaya penulisan dia cukup menarik dan ada kelas tersendiri. Setiap kisah diceritakan dengan penuh beremosi. Kalau tak percaya anda boleh pergi ke Blog Joe Perantau .

Bila dah ada blog ni, terfikir juga di dalam benak Kawe ni pelbagai soalan la pulak. Apa yang nak ditulis? Ada ke orang yang membaca nanti? Karang orang kata perasan la pulak! Kat Joeperantau, dia tak kisah ada orang baca ke tak, sebab dia tulis apa yang ada dalam kepala dia. Heheh. Joe tak pa, sebab die fofuler. Heheh. Tidak mengapalah, nanti malam ni Kawe fikir apa yang sesuai untuk ditulis di sini. Nanti adalah idea tu.

Ok ke tak entry pertama Kawe ni? Harap pembaca dapat memberi cadangan dan komen ya. Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Published in: on November 21, 2007 at 8:33 am  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://kawejauh.wordpress.com/2007/11/21/salam-pertemuan/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

8 KomenTinggalkan komen

  1. tak apa,lama2 nanti ko akan jadi populer macam aku gak wakakakakaka

    kawe: fofuler ke kawe nanti? fofuler ke abe joe ni? wakakakaka…

  2. Salam…
    Ada ada… mesti ada yang baca… lebih2 lagi kalau ada yang sensasi…🙂 semoga azam kawe berblog ini tak setipis kulit bawang (ikut istilah delinn)… welcome!

    kawe: Insya allah. Thanks Deo.

  3. ooo….selamat menulis..hehe…aku dulu sama cam ko gak..mula² tu suka baca, last² dah ade blog plak…hahaha….

    kawe: eheheh..tulah, kalu tak dicuba now, bila nak startnye kan?

  4. salamz.. selamat berblog! sy pun baru je jinak² ngan wordpress ini..🙂

    (Ada ke org yg membaca ni??)
    sure ada org baca punya..😉

    kawe: ha’ah le, ade org baca le..terkezut gak kawe..syukur!

  5. Salam..awok nulis dah comel lote doh ayat2 pun comel teruslah..sypun nulis blog jugak tp pakai main merapu meraban jugak huhuhuh..salam kenal dari sy jugak..awk org kelate ko?

    kawe: orgnye pun comey jugok..wakakaka.. yo, kawe oghe kelate.. demo oghe kelate jugok ko?

  6. ermm..salam kenal kenal kawe..imm juga memula dok baca org punya blog dan berperasaan camtuh pastu haa lantaklah..bukan untuk kepuasan org yg baca utk puaskan diri sendiri jer…lagi laa imm ni takde kursus komputer ke kursus penulisan ke ikut dan jer..belasahh jer hehe jadi laa …sesikit tu tanya ngan hubby makna2 bahasa komputer tu..lelain imm belajar sendiri…skrg dah ada tempat nak mencurahkan perasaan ..ada lak dapat kawan ermm besttnya…tak keluar rumah pun rasa takpa..kawan imm ramai juga..ermm meh laa jenguk2 umah imm hehe…

    kawe: no problem..kawe akan jenguk umah demo..

  7. Salam kawe… Slamat datang ke dunia bloggers😀

    Walaupun menulis menerusi titipan rasa diri, ada banyak pahit dan gentir yang harus ditempuhi. Moga diri tabah dan cekal dalam mengharungi sokongan, pujian, kritikan, kutukan, makian, hinaan dan pebagai lagi asam garam dalam dunia bloggers ini. Tampak cantik di hadapan, penuh onak dan ranjau yang perlu ditempuhi😀

    Apapun, salam kenal kawe…. best of luck😀

    kawe: a millions of thanks to u!

  8. lalalala…tumpang lalu….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: