Keputusan Plihanraya Umum ke-12 (PRU12) – Malaysia Decides!

Jam sekarang dah menunjukkan jam 4.43 minit pagi, 9 Mac 2008. Kawe masih lagi tidak dapat melalapkan mata. Sepanjang malam tadi, Kawe menghabiskan masa dengan mengikuti perkembangan dan keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang dikatakan telah mencipta sejarah baru arena politik Malaysia.

Tsunami Politik, itulah ungkapan yang boleh disifatkan bagi keputusan PRU kali ini. Sedari jam 7.30 malam, Kawe sudah terpacak di depan TV menonton rancangan khas keputusan PRU12 di saluran RTM1. Dari keputusan  PRU edisi ke-12 ini merupakan rekod keputusan terburuk BN semenjak Pilihanraya 1956. Pada pilihanraya kali ini kita dapati banyak berita yang mengejutkan berlaku. Di antara berita yang sangat mengejutkan adalah kekalahan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, DS Sharizat Jalil yang kalah ditangan pendatang baru, puteri reformasi Nurul Izzah Anwar di parlimen Lembah Pantai. Ianya agak mengejutkan kerana tidak seorangpun menyangka DS Sharizat akan kalah, setelah apa yang telah beliau laksanakan di Lembah Pantai selama 3 penggal berkuasa di situ. Agak mengejutkan juga apabila Menteri Penerangan, DS Zainuddin Maidin juga kalah di Parlimen Sungai Petani. Begitu juga dengan kekalahan DS S. Samy Vellu di Parlimen Sunga Siput pada hari jadinya.

Agak malang untuk parti komponen kedua terbesar BN iaitu MCA yang mana pada kali ini MCA mengalami kekalahan yang besar di kebanyakan kerusi parlimen dan negeri yang dipertandingkan. MCA hanya menang 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dicalonkan dan kehilangan banyak kerusi DUN daripada 90 kerusi DUN yang dipertandingkan. MCA mengalami kekalahan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, P. Pinang dan N. Sembilan.

PRU12 ini juga menjadi sejarah hitam bagi MIC apabila Presiden, Timbalan Presiden, 2 orang Naib Presidennya telah kalah di parlimen masing-masing. Jika sebelum ini pada PRU11, MIC berjaya  memenangi 100% kerusi yang dicalonkan, tetapi pada PRU12 ini MIC hanya memenangi 3 kerusi parlimennya.

Satu lagi parti komponen BN yang menerima tamparan hebat ialah Gerakan, yang sebelum ini cukup gagah bertapak di P. Pinang. Tetapi, pada edisi kali ini, parti Gerakan tewas hanpir di kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan. Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya memenangi kerusi Parlimen Gerik dan Simpang Renggam. selain dari memenangi hanya 5 kerusi DUN. Malang bagi Pemangku Presiden Gerakan, DS Koh Tsu Koon apabila beliau kalah di Batu Kawan.

Pada PRU12, dapat dilihat akan kebangkitan parti-parti pembangkang seperti PKR, PAS dan DAP. Sehingga pukul 4 pagi tadi, parti-parti pembangkang telah memenangi masing-masing 31 kerusi parlimen untuk PKR, 28 kerusi untuk DAP dan 23 kerusi untuk PAS. Walaupun BN mendahului dengan memenangi 137  kerusi parlimen dan berjaya membentuk kerajaan, tetapi BN  gagal memperoleh majoriti mudah 2/3.  BN memerlukan 148 kerusi parlimen untuk mendapat majoriti 2/3. Untuk rekod, ini merupakan kali pertama BN gagal mendapat majoriti tersebut. Jika dilihat kepada angka-angka tersebut jelas sekali ternyata terdapat pengurangan kerusi parlimen yang dimenangi oleh BN dan peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti pembangkang. Ternyata di sini dapat dilihat akan kebangkitan pembangkang. Walaupun BN berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan, tetapi terdapat anjakan atau perubahan di peringkat Kerajaan Negeri di mana parti-parti pembangkang telah berjaya menawan dan menguasai di empat negeri iaitu P. Pinang, Kedah, Selangor dan Perak. Tidak terkecuali, parti pembangkang PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas Kelantan. Jika dilihat sebelum ini keempat-empat negeri yang berjaya ditawan tersbeut merupakan kubu kuat BN. Seperti yang diramalkan negeri Johor memberi peratusan kemenangan kepada BN dengan membolot hampir kesemua kerusi parlimen dan negeri.

Trend pemilihan oleh pengundi adalah pelbagai. Dapat dilihat di sini, trend pemilihan pengundi dari etnik Cina dan India pada kali ini cenderung untuk memangkah parti pembangkang. Begitu juga bagi penduduk di bandar-bandar besar adalh mempunyai kecendurungan yang sama, iaitu memilih parti lawan sebagai wakil suara mereka di dewan rakyat atau di dewan negeri. Pada beberapa tempat, pemilih lebih suka untuk mengundi calon daripada mengundi untuk parti. Kita juga mendapati jumlah majoriti yang dimenangi oleh pihak BN rata-rataya adalah kurang atau tipis dengan perbezaan undi dalam unit ratusan sahaja.

Apa yang boleh Kawe katakan, pada PRU12 ini warga Malaysia telah mula menggunakan hak bersuara ini dengan memberikan keputusan yang dikira dapat mengubah apa yang berlaku sekarang ini. Isu-isu berkaitan kenaikan harga barang keperluan, kenaikan tol, minyak,  peningkatan jenayah, isu berkaitan perkauman dan hak etnik dan beberapa isu lain telah membuatkan mereka begitu menginginkan kepada angin perubahan. Senario ini mrupakan wake-up call bagi semua parti-parti politik. Semoga selepas ini masing-masing (tak kiralah dari parti manapun) dapat mengubah, memperbetulkan dan meningkatkan diri demi kebaikan dan kejayaan bersama. Laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan dengan sewajarnya dan bukan untuk kepentingan diri sendiri semata.

Keputusan rasmi PRU-12 boleh didapati dilink seperti di bawah:

http://pru12.spr.gov.my/spr/laporan/5_KeputusanKeseluruhan.php

http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya/index_html

http://thestar.com.my/election/maps/

 

 

 

 

 

Diterbitkan dalam: on Mac 9, 2008 at 6:38 am  Komentar (16)  

URI untuk TrackBack kemasukkan ini adalah: http://kawejauh.wordpress.com/2008/03/09/keputusan-pru-ke-12-malaysia-decides/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

16 KomenTinggalkan komen

  1. padan muko BN (Barang Naik)… dok tipu rakyat sokmo

  2. rakyat malaysia terutama golongan muda dan yg tinggal di bandar telah menjadi sangat bijak. mereka mahukan negara yg benar2 demokrasi. mereka mahukan kebajikan mereka terjaga. Isu seperti kenaikan harga minyak dan harga barang mungkin dipandang remeh oleh BN tpi adalah isu besar bg pengundi. Hasilnya, inilah revolusi baru politik malaysia.

    Takbir!

  3. Oh,saya tak larat nak tggu keputusan PRU smlm.. last2 pkl 1 sy tido. Serius saya taktau lg kptsn sebenar PRU kali ni. tgh tgk kt website je ni.

    thanks for the link anyway :)

  4. akhirnya selesai juga…. kawe gi mengundi di mana? Tepat mengundi menang ke? heheh

  5. akhirnya, ‘klise’ result pilihan raya di Malaysia berakhir.

    http://penamaya.wordpress.com

  6. joget-joget mak yong…segala dah terungkai AlhamdulliAllah hope we were going to have sth good then.

  7. BN tak dapat 2/3 majoriti!! Ini akan menyukarkan bagi BN dalam proses persempadanan semula kawasan pilihanraya. Sebelum PRU-11, 2004 BN telah buat persempadanan semula ikut suka-suka mereka. SPR dicucuk hidung. SPR tak ikut kaedah yang sepatutnya. Bila persempadan baru itu dibentang ke parlimen ia lulus dengan mudah, sebab ketika itu BN ada 2/3 majoriti. Ia menjadi undang-undang. Tapi lepas ini kalau ada persempadan baru, kalau SPR berlagak sebagai komponen BN maka parlimen tidak akan luluskan sebagai undang-undang. Nah ketika itu SPR tak boleh buat main-main macam sebelum ini. Jadi harapan untuk BA atur strategi bagi menamatkan BN dalam sejarah pemerintahan Malaysia lebih cerah. Mungkin secerah bulan purnama pada malam ke 15 bulan Hijrah.

  8. BN gagal kekalkan 2/3… baik atau buruk? Baik kerana memberikan pengajaran kepada yang angkuh, buruk kerana sukar untuk merangka dasar untuk rakyat…

  9. Harap2 lepas ni, BA boleh berjuang untuk menghapuskan tol, menurunkan harga barang, menghapuskan rasuah, menurunkan harga minyak…..yeee..kita tungguh 4 atau 5 tahun mereka diberi peluang memerintah ni…

  10. Sokongan golongan muda ( pengundi di saluran 3 ) dimana tempat saya bertugas.. menyaksikan kemenangan besar kepada B.A . sekaligus kita dapat meramal masa depan politik negara dalam PRU 13. Golongan muda dan golongan pertengahan ( Saluran 2 – pengundi umur 35 keatas ) telah pun menolak BN. Hanya pengundi ( Saluran 1 – pengundi berumur Warga emas/ OKU ) menyokong BN. Syabas B.A- Harapan Baru Untuk Malaysia.

  11. demo puah dok ?

  12. BN terlalu pentingkan ekonomi tanpa memikirkan rakyat yang semakin terdesak memerlukan wang……..

    Marilah sama2 menyokong pada pihak yang mengurangkan beban rakyat dan boleh menstabilkan ekonomi tanpa membaziri duit negara yang melimpah2…….

    Harap negara kita maju…………

    HIDOP PEMBANGKANG

  13. salam.tahniah kepd BA.kemenangan anda menunjukkn rkyt m’sia kini mampu befikir n menilai dgn akal pkrn mereka,pas tgk sgl kecurangan dlm kepimpinan negara kt nw.sy mewakili golongan mahasiswa ingin menyatakn kami mampu bepk n menilai ngan mata ati kami.kami bkn kanak2 yg d suruh wt i2 dan ini.hmmm..semoga BA dpt melksnkn mandat yg d beri rkyt..insyaAllah 5 taun ag Nik Aziz jd PM MALAYSIA

    TAKBIR!!!!!

  14. salam sejhtera…
    m’sia kini menuju k era br..kepimpinan yg terplh menunjukkn suara ati rkyt m’sia yg dahagakn kepimpinan yg telus dan adil..kpd BA.laksnkn mandat yg d beri oleh rkyt dgn telus dan sebaiknye..insyaallah..5 taun ag kt akn saksikn perubhn besar.Malaysia akn berwjh br…

    TAKBIRRR!!!!
    ALLAHUAKBARR!!!!!!!!

  15. Kawe.. gaya penulisan boleh jadik pengulas pilihanraya. Gi lah jadi wartawan sukarela.. hantar news kat Bernama atau Malaysiakini.. kalau hantar TV3 or RTM sah2 dorang suruh edit.. puji-pujian ke BN tak kelihatan.. hohoho…

  16. Kekalahan BN mungkin rakyat terlalu yakin BN akan menang
    memenangi PRU 12 kali ini. Jadi segelitir pengundi tidak
    turun memilih calon kerajaan yg sedia ada.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: